Ahad, Januari 06, 2013


Kesian beb. Presiden PAS ni sikit pun tak menghargai perjuangan pengamal - pengamal media yang menyokong Parti Angguk Saja tu.

Sampai hati dia kata yang PAS tak de media diorang sendiri. Yang Harakah tu dia nak panggil apa? Setakat jadi akhbar bungkus nasi lemak? 

Yang TVPas tu pulak, apa gunanya? Tak boleh pakai sebab ianya besi? Ke semua tu ibarat sampah belaka bagi Si Hadi Awang ni?

Yang blogger - blogger pencacai tu pulak, dok berjuang siang dan malam tu bukan saluran media bagi PAS? Apa gunanya PAS bayar diorang mahal - mahal kalau sekadar dianggap sampah oleh Presiden sendiri!!! Buat malu je!!!
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.

Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.

Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.

“(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

“Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam.

Pada 17 Disember lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggesa Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi.

Harussani berkata, selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadat, mengamalkan ajaran agama, orang itu tidak boleh dituduh kafir.

Wan Zahidi pula menyifatkan, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno, sebaliknya ke atas Hadi sendiri.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak bercakap perkara yang benar sahaja.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Pertanyaan daripada aku.

    Adakah kalau Hadi Awang tak tarik balik Amanat dia maka semua kita2 yang sokong Umno ni akan kekal jadi KAFIR ?????

    Atau adakah kalau Hadi Awang tarik balik Amanat dia maka kita semua akan kembali jadi suci sesuci bayi yang baru lahir dan dijamin masuk syurga tanpa perlu solat, puasa dan sebagainya ????

    Aku, dia tarik ke tak tarik, dia nak kata KAFIR kah atau BAPAK KAFIR sekali pun ... aku tetap bersama dengan Umno dan berdoa kepada Allah nak kan Najib jadi PM dan Muhyidin jadi TPM. Untuk Hadi Awang dan Nik Aziz juga aku tak lupa mendoakan supaya Allah tidak memberikan kemenangan kepada mereka untuk menyesatkan lebih ramai lagi orang melayu.

    Hj Mansuh

    BalasPadam
  2. Isu amanat mungkin isu yang sudah lama, orang pun dah lupa dan saling bermaaf-maafan. Kalau orang yang bersengketa dulu kini berbaik2 semula bukan atas tindakan Hadi, tetapi atas rasa bersalah yang terbit dalam hati sanubari, petunjuk dari Allah.

    Umat melayu tidak perlu apa-apa lagi dari Hadi Awang, oleh itu kalau dia masih mahu berpegang dengan amanat 1981, biarkan dia.

    Dengan tanda-tanda awal DAP ingin memusnahkan parti sendiri dengan kekecohan pemilihan 3 minggu lepas, permainan Anwar yang memakan diri, kita hanya menjangka Pakatan Rakyat akan gagal.

    Untuk PAS sendiri, umat Melayu sukar memaafkan kelemahan PAS dalam menangani isu akidah dan kesejahteraan bila isu kalimah Allah, Negara Islam / Hudud, serta kejelekan watak Anwar, tidak ditangani dengan baik dan berhemah.

    PAS mencacatkan partinya sendiri...... Mungkin itu tanda-tanda dari Maha Esa.

    BalasPadam
  3. أستغفرالله العظيم..Kalau betoi-betoi-betoi Hj Hadi tak nak tarik balik "amanat"nya itu,makin kurang hormat saya kat dia.Betulkah mereka ini ulama?Atau hanya diulamakan?Semoga beroleh hidayah.Saya berharap pihak kerajaan dapat menangani isu ini dengan bijaksana.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping