Rabu, Januari 23, 2013


Hah!!! Dah masuk hari ketiga dah sejak YAB Perdana Menteri umum kata Kerajaan Pusat akan membina Lebuh Raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Tapi, nampak gayanya Si Husam tu masih jugak tidak menjawab soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya, Si Husam tu hanya memberikan alasan yang bukan - bukan. 

Kata Si Husam semalam, janji yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri tu hanya meniru tindakan yang telah diambil oleh Rejim PAS Kelantan.
KOTA BHARU - Tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan, kata Datuk Husam Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  ini berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya merealisasikan projek-projek yang diumumkan itu sejak dahulu lagi dan bukannya meletakkan syarat ia akan dilaksanakan untuk penduduk Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu.

“Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.

“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” katanya kepada pemberita hari ini.
Soalnya sekarang, adakah mampu Rejim PAS Kelantan nak tunaikan semua benda tu? Mampu ke diorang nak bina lebuh raya yang bernilai RM18juta?

Adakah Rejim PAS Kelantan mempunyai kewangan yang cukup untuk membina stadium baru khusus buat penyokong - penyokong The Red Warrior?

Nak bina lebuh raya pun diorang mintak derma dari rakyat, inikan pulak kalau nak bina stadium baru. Jadi, bagaimana mungkin perkara tu mampu dilaksanakan oleh mereka.

Persoalan yang paling utama sekarang ialah mengenai duit kutipan derma untuk membina lebuh raya tu. Ke mana duit yang dikutip tu pergi?

Siapa yang simpan duit tu semua dan siapa pulak yang audit duit tu? Dah berapa banyak duit yang dikutip oleh Rejim PAS Kelantan sejak ianya dilancarkan?

Soalan - soalan ini yang perlu dijelaskan oleh Rejim PAS Kelantan. Bukannya bagi alasan yang tak masuk akal. Rakyat ada hak untuk menyoal perkara tersebut.

Tambahan pulak, PAS mempunyai rekod buruk dalam menyelewengkan duit kutipan derma ni. Diorang pernah kantoi menyeleweng duit tabung Memali.

Jadi, sekarang ni semuanya dah jelas. Si Husam Kambing ni memang tak mampu nak jelaskan perkara - perkara yang dibangkitkan oleh rakyat Kelantan tu sendiri. Sebab itu la dia meroyan benda yang bukan - bukan!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Salam, Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Mohon dipautkan blog budak baru belajar ini. tq.

    http://beliabangkit.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Husam Jamnapari kena jawab kemana perginya duit yang depa dok kutip nak bina LEBURraya depa tu. Kalau tak silap aku syarikat yang depa lantik untuk buat LEBURraya depa tu dah saman kerajaan negeri PAS-pis-pus tu balik.....si Husam jamnapari ni kena jawab, kalau tak pun, Pok Nik 'u-turn' Ajis kena bertanggung jawab. Kita tak mau dengar permintaan maaf pok nik tu. Nak mintak maaf pun tak apa, mintaklah maaf - jawab masih lagi kena jawab. Kalau tak nak jawab kat atas, ko orang boleh jawab kat bawah.....tapi time kat bawah tu aku rasa dah lewat maut nya.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping