Selasa, Januari 22, 2013


Pada 17 November lalu, Anuar Shaari berkata, "Saya ingin cari kebenaran... Saya rasa penyokong-penyokong Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar juga ingin mencari kebenaran... Lebih-lebih lagi Wan Azizah juga ingin tahu, kenapa kebanyakan daripada saham tersebut atas nama Shamshida"

Anuar Shaari bukan 'budak upahan' seperti yang cuba digambarkan oleh Anwar. Dia mempunyai jati dirinya sendiri. 

Kalau Anuar, tidak hebat, kenapa Anwar perlu mengambil Anuar bekerja dengannya sebagai Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan satu ketika dulu.

Kalau Anuar tidak mempunyai jati diri, kenapa Wan Azizah memilih Anuar sebagai Setiausaha Politiknya ketika Anwar berada di penjara Sungai Buloh? 

Kalau Anuar tidak mempunyai intergriti dan harga diri yang tinggi, kenapa Anwar memilih Anuar Shaari sebagai Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh, satu tempat yang menjadi base kepada Anwar Ibrahim ?

Jadi tidak perlu Anwar dan Azmin memperlekehkan kredibiliti Anuar, sedangkan Anuar juga tahu luar dalam siapakah Anwar, Azmin dan Wan Azizah, baik semasa berada di Kementerian Kewangan, mahupun semasa berada di dalam PKR.

Ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Wan Azizah dan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Wan Azizah sendiri merungut, mengeluh dan tidak berpuas hati dengan Azmin Ali dan Shamshida Taharin. 

Dalam kes pemenjaraan Anwar, Wan Azizah menyalahkan seratus peratus kepada faktor Azmin sekeluarga.

Memang di depan orang ramai, di depan penyokongnya Wan Azizah , Azmin dan Shamsidar berlakon, kononnya mereka 'rapat'. 

Tetapi di hadapan Setiausaha Politiknya (Anuar Shaari), Wan Azizah meluahkan segala-galanya tentang kebenciannya kepada Azmin dan Shamshida.

Siapa yang lebih mengenali sifat Wan Azizah, kalau bukan Anuar, Setiausaha Politiknya sendiri?

"Saham-saham atas nama Shamshida, jumlahnya cukup besar, jutaan ringgit, sebab itu kita minta perkara ini disiasat dengan setelus-telusnya", kata Anuar Shaari ketika diminta mengulas hubungan misteri Anwar dengan Shamshida.

"Saya mengaitkan (dokumen ini dengan) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar," kata Anuar lagi.

Ketika itu Azmin Ali adalah pegawai kerajaan yang berstatus sebagai Setiausaha Sulit Anwar dan Shamshida Tahrin pula adalah isteri Azmin. 

Persoalannya berapa gaji pegawai kerajaan berstatus Setiausaha Sulit hinggakan pasangan suami isteri itu mampu membeli saham bernilai puluhan juta ringgit?

Dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi duit-duit 'sampingan' sedangkan gaji hakiki seorang pegawai kerajaan seperti Azmin sekitar RM3,000 sebulan?

Azmin bukan peniaga besar dan bukan ahli korporat, tetapi dia adalah seorang pegawai kerajaan yang menjaga Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Jadi dari mana Azmin dan Shamsida memperolehi sumber kewangan yang luar biasa itu yang mengalahkan tokoh korporat ternama yang terlibat dalam dunia urus niaga sepenuh masa ? Di sini bermulanya titik persoalan?

Di sini bermulanya persoalan apakah wujud hubungan misteri di antara Anwar, Azmin dan Shamshida yang menggunakan pengaruh Menteri Kewangan sekitar tahun 1992-1998 untuk memperkayakan diri sendiri?

Ps: Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la!!! Kalau sebelum ni, Si Ketua Penipu tu dok tuduh UMNO yang kayakan kroni.

Sekarang, apa cerita? Bukan ke dia pun dua kali lima je dengan apa yang didakwa sebelum ini? Pun dia masih tak sedar diri jugak? Sudah la!!! Jangan la jadi Paku Dulang Serpih Pulak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping