Sabtu, Januari 05, 2013


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: “saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain”.  

“Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.

“Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka,” katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

“Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.

“Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam,” katanya.

Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

“Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. 

Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

“Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam,” katanya. 


Ps: Lebih baik Si Mujahid tu mengaku. Kalau tidak, jangan salahkan orang lain kerana membogelkan dia depan orang ramai. Nanti takut malu dapat, sakit pun dapat jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping