Selasa, Januari 22, 2013


Hari ini ada seorang pemimpin yang meluangkan masa duduk dengan beberapa kelompok anak muda dan menceritakan pengalamannya berhadapan dengan Pakatan.

Kisahnya berlaku apabila pemimpin tersebut turun ke padang dan buat lawatan dari rumah ke rumah. Menjenguk rakyat dirumah mereka memang menjadi kebiasaan.

Maka hari tu, kebetulan pulak pemimpin tersebut dapat berita mengenai seorang penyokong Pakatan yang sedang uzur. Penyokong tu pun bukan orang biasa.

Kata pemimpin tersebut, penyokong tu dulu pernah jadi calon yang menentangnya dalam Pilihan Raya. Tapi kini, penyokong tu dah semakin uzur.

Melihat kehadiran pemimpin tersebut, penyokong Pakatan tu pun jadi terperanjat. Dia tak menyangka pemimpin tersebut sudi untuk menziarahnya yang tengah uzur tu.

Sambil bersembang, pemimpin tu tanya dimana penyokong Pakatan tu mendapatkan rawatan. Kata penyokong Pakatan tu di Hospital.

Bila pemimpin tu lihat ubat - ubatan yang dibekalkan oleh Hospital tersebut, agak mahal jugak harganya. Kalau beli pakai duit sendiri, mau RM500.00 lebih.

Tapi kata penyokong Pakatan tu; "Hah! Mujur la doktor yang merawat saya tu baik. Dia la yang tolong saya pasal ubat ni. Dapat la kurang sikit."

"Doktor tu doktor Kerajaan kan?" tanya pemimpin tu tadi. Seraya tanpa segan silu, penyokong Pakatan tu jawab; "Eh tak. Doktor tu doktor la. Kerajaan ni lain."

Heh! Tipikalnya pemikiran puak - puak Pakatan ni ye. Dah macam tu pun masih lagi diorang tak nak mengakui bahawa Kerajaan jugak yang banyak tolong rakyat.

Dah la dia dapatkan rawatan tu di Hospital Kerajaan, pun dia tak mengaku jugak. Lepas tu, doktor yang membantu tu pun dia tak akui doktor Kerajaan.

Tambah memalukan apabila penyokong Pakatan tu tak sedar yang duit untuk membekalkan ubat - ubatan tu dikeluarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional jugak.

Tapi, mengkala nak menyebut 'Kerajaan' tu pun susah, inikan pulak nak suruh diorang mengaku yang mereka dibantu oleh Kerajaan. Lagi la diorang takkan buat.

Inilah tipikalnya sifat puak - puak Pakatan ni. Walaupun Kerajaan Barisan Nasional jelas banyak membantu mengembangkan kehidupan rakyat untuk bertambah baik, Kerajaan tu jugak la yang tak betulnya. Kalau diorang, semuanya betul belaka!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. BN tu parti pemerintah la.. kerajaan tu organisasi pemerintahan awam.. kat mana diterajui parti pemerintah.. kalau parti pemerintah tuka, kerajaan bukannye bertukar pon.. yang tukar tu kepala menteri2 yang menerajui yang menentu hala tuju kerajaan tu.. ape yang korang tak paham pasal kerajaan ngan parti pemerintah ni? betul la orang tu cakap doktor tu doktor la.. kalau tibe2 PR menang jadi parti pemerintah, dokktor tu keje pembangkang ke? bodo tul la puak2 nih!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping