Hmm... Apa la agaknya yang nak diperkatakan oleh Si Ostazah Pening tu mengenai perkara ni ek? Sebelum ni dia lantang sangat mengkritik orang.
Dia pernah kata, mereka yang terlibat dalam industri hiburan ni semuanya makan duit haram. Tak kira la dengan apa cara sekali pun.
Sekarang, ada pulak artis yang nak berdakwah melalui industri yang dia kecam sebelum ini. Pun dia nak kategorikan rezeki orang tu haram jugak ke?
Inilah masalahnya bila dah tak de ilmu nak tunjuk pandai. Bila orang perlekehkan dia, mula la dia nak marah tak tentu hala. Meroyan macam orang Gila.
Semua ni hasil didikan khusus dari puak - puak Parti Angguk Saja tu la jugak. Kalau diorang buat tak pe, semua Halal. Tapi kalau orang lain buat, semuanya jatuh Haram belaka.
Bagi diorang, kalau nak berdakwah ni mesti berdiri atas pentas Politik. Mesti kena ada maki hamun dan membuat dakwaan yang bukan - bukan.
Cara lain semuanya tak betul. Semuanya tak ikut syariat. Cara dia jugak yang betulnya. Macam la dia tu pandai sangat, ye tak. Setakat pandai bercakap je tapi ilmu tak de buat apa!!! Buat mengabihkan masa je!!!
DALAM busana jubah hijau dan solekan tipis, Noryn Aziz hadir ke studio Nar Records untuk kembali berada dalam atmosfera yang pernah dilaluinya.Hampir dua tahun dia tidak melaksanakan tugasan sebagai penyanyi rakaman. Kali terakhir, isteri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah ini muncul dengan album I'm Alright pada tahun 2010.
Sedihnya album itu tidak mendapat perhatian ramai seperti album perdananya, Fantasi O Realiti (1997).Jangkaan bahawa Noryn bakal muncul dengan lagu-lagu ketuhanan sedikit meleset. Kolaborasi bersama Adi 6ixth Sense menyediakan dua juadah telinga yang cukup indah.
Kedua-duanya mempamerkan perbezaan dalam sentuhan namun disantunkan dalam lagu-lagu yang kena rasa.Kedua-dua ini diberi ruang pradengar. Sedikit berbeza dengan penampilan Noryn yang dahulu. Lagu dengan tajuk Mutiara bakal memberikan rasa jazz yang lembut dan sedikit ringan manakala Tinta Putih pula menjurus kepada gelombang ketuhanan."Selama ini saya buat lagu sendiri. Sekarang saya tidak rasa saya boleh buat kerana faktor masa. Saya juga sudah biasa dengan lagu-lagu yang teknikal.
Jadi saya mencari komposer yang mencipta lagu melalui hati. Jodoh saya bertemu Adi. Dia sangat disiplin dan berbakat," senyum Noryn yang terasa perbezaan dalam keluaran produknya kali ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.