Rasanya tak pernah lagi berlaku bagi mana - mana parti dalam dunia ni yang mempunyai banyak nama seperti parti PKR ni.
Walaupun PKR ni sebenarnya membawa maksud Parti Keadilan Rakyat, tapi semua orang tau itu semua hanya satu pembohongan belaka.
Bagaimana mungkin diorang kata diorang memperjuangkan Keadilan untuk rakyat sedangkan Keadilan yang diperjuangkan hanya untuk Si Ketua Penipu tu sahaja.
Itu pasal la orang bagi nama macam - macam pada diorang. Ada yang kata PKR ni Parti Koyak Rabak, Parti Kian Reput, Parti Kecohkan Rakyat.
Sekarang diorang dah ada nama baru iaitu Parti Kaya Raya. Dan yang memberikan nama baru tu tidak lain dan tidak bukan ialah Bekas Pemimpin AMK sendiri. Kenapa dia bagi nama macam tu? Meh baca kat bawah ni. Lepas tu, korang pikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada sebuah parti miskin kepada kaya.Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR di Brickfields dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan."Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di sini semalam.Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.Samsul berkata beliau keluar daripada PKR selepas melihat parti itu telah lari daripada matlamat perjuangannya.Sebelum itu Samsul menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada ibu pejabat parti itu yang disaksikan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.Turut menyertai Umno hari ini ialah dua bekas penyokong kuat Anwar, peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar dan pelajar universiti tempatan, Mohamad Asrul Md Jalani.Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.