Wah!!! Ini dah melampau ni. Dah la dia buat kerja Haramjadah tu. Lepas tu, berani pulak dia curi kereta Jabatan Agama Islam Pahang tu ye.
Awal tahun 2012 hari tu pun, ada jugak orang yang kena tangkap khalwat ni. Tapi, tak de la dia sempat nak melarikan diri dengan kereta JAIP.
Cuma kata dia, kena pukul dengan 20 orang. Kalau kena pukul, tak de pulak kesan lebam dan tak nak pulak dia buat laporan Polis. Siap tuduh orang pulak nak perangkap dia.
Alasan yang dia bagi sebab berdua - duaan dalam bilik hotel mewah lima bintang tu sebab dia nak bagi kaunseling pada wanita yang sudah bersuami tu.
Nak bagi kaunseling pun sampai masuk dalam bilik jam 3 pagi ke? Lepas tu kantoi bersiar - siar keliling kolam renang pulak tu. Nak bagi kaunseling menda jadahnya kalau macam tu. Tu dah sah - sah la dia buat projek!!!
KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.
Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.
Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri. Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.
Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.
Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.
SALAM PERJUANGAN... SEMPOI GILER BLOG NI... MOHON PAUTKAN BLOG SAYA DISINI...
BalasPadambudaksrikinta.blogspot.com
terima kasih...