Rabu, Januari 02, 2013



Trivia gosip Lofa


  • Mulanya pada 2011 Lofa dikatakan merampas aktor Shahz Jaszle daripada Maria Farida selepas hampir setahun menjalin kasih.

  • Konflik dengan aktres Nur Fazura yang dikatakan bermula dengan hubungan seorang kerabat diraja juga berlanjutan dari tahun lalu hingga adegan sindir menyindir dalam laman sosial twitter.

  • April 2012 pula, Lofa dikatakan mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 selepas tewas dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

  • Tidak lama selepas itu, Lofa terbabit pula dengan salah faham bersama salah seorang finalis Dewi Remaja juga pelakon, Anzalna Nasir. Bukan saja mendapat liputan meluas media, malah perselisihan faham itu berlanjutan hingga kes saman menyaman dan sesi mohon maaf terbuka.

  • Lofa sekali lagi dikatakan tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Anzalna dan tidak mahu bergambar bersama.

  • Menegur kru produksi Nona yang lambat lebih sejam menerusi twitter dan sekali lagi mempersoalkan pakaian untuk program yang sama turut disalah tafsir hingga ada yang beranggapan kononnya Lofa sudah besar kepala.

  • Kisah cintanya dengan aktor juga pengarah dan penerbit, Hans Isaac sudah menjadi bualan harian dan terbaru, mereka dikatakan bercuti bersama di Koh Sa Mui, Thailand namun dinafikan kedua-duanya.

  • Isu seksi di ABPBH, pembedahan hilangkan parut di dahi, kisah kelakar betisnya juga diambil serius dan terbaru, konflik dengan seorang pereka fesyen yang mendakwa serik bekerja dengannya menambah lagi ‘panas’ pada nama Lofa.


  • Ps: Fuh!!! Boleh tahan panjang senarai skandal Si Neelofa ni ye. Tapi, nasib baik la dia tak sambung lagi skandal tu dengan perkara - perkara berikut:

    1. Kantoi berkhalwat dengan isteri orang dalam bilik Hotel mewah lima bintang pukul 3 pagi sambil bertuala.

    2. Menghalalkan orang Melayu yang majoritinya Beragama Islam menukar agama mereka berdasarkan Kebebasan Hak Beragama.

    3. Memberi tender balak kepada kroni - kroni walaupun dalam masa yang sama dok kata diorang bersih dari sebarang penyelewengan kuasa.

    4. Memperjuangkan Hak Penggunaan Kalimah Allah dalam Alkitab versi bahasa Melayu oleh penganut - penganut agama Kristian.

    5. Kantoi menipu rakyat secara terang - terangan tanpa segan silu menafikannya walaupun dah jelas diorang memang sah menipu.
    Categories:

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

    Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

    Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

    Sekian, Terima Kasih.

    SUPPORTED BY:

    Anda mungkin juga meminati:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Lain - Lain Artikel

    Disclaimer

    Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

    Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

    Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

    Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

    Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

    Sekian, terima kasih.

    Ping