Isnin, Januari 07, 2013


Kisah suatu hari, disebuah kedai kopi depan rumah sarang Semut. Dua orang sahabat sedang rancak berborak sakan kat belakang:

"Eh... ko ada dengar cerita pasal isteri kedua warga Felda mengamuk pasal tak dapat duit durian runtuh hari tu?"

"Ada. Kan tu cerita lama. Kenapa pulak baru hari ni ko nak tanya?"

"Tak de la. Saja je nak tanya. Kenapa ek diorang bergaduh?"

"La... pasal apa lagi. Pasal berebut duit tu la. Isteri pertama tak nak kongsi duit tu. Yang ko sibuk sangat tanya ni kenapa? Tu cerita dah basi la..."

"Ish! Pasal duit pun diorang nak bergaduh ek. Patutnya kongsi la duit tu. Buat apa nak rebut - rebut. Rezeki tak baik berebut tau. Patutnya diorang rasa beruntung..."

"Hah... Kenapa pulak diorang patut rasa beruntung pulak? Yang sorang dapat RM 5,000. Yang sorang lagi tak dapat apa. Untung apa pulak?"

"Untung la sebab diorang dapat 'payung emas' kat akhirat kelak. Sanggup berkongsi kasih. Kalau itu tak untung jugak, tak tau la nak cakap apa..."

"Eh... yang ko sibuk sangat cerita pasal isteri peneroka tu kahwin dua dan berebut duit durian runtuh tu pasal apa?"

"Tak de la. Cuba ko fikir. Peneroka tu punya la bertuah. Dah la dapat duit durian runtuh, isteri dua pulak tu. Yang kita ni... kerja macam nak mati. Tapi kahwin baru satu..."

"Itu la yang orang tua - tua kata. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tau. Untung la peneroka tu dapat kahwin dua. Kalau nak dibandingkan dengan Si Mazlan Aliman tu, satu hapah pun dia tak de!!!"

Ps: Hehehe... ke situ pulak perginya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping