Sabtu, Januari 12, 2013

Petaling Street Pun Lengang Beb... 
Alamak ai!!! Ni apa hal pulak ni? Kenapa pulak ada pihak yang merungut kata perniagaan diorang kurang mendapat untung sedangkan ramai orang yang datang?

Tak munasabah lansung perniagaan diorang ni boleh rugi sedangkan yang turun berhimpun untuk Himpunan Shamshidar tu bukannya sikit Tapi SEJUTA orang beb.

Jadi, macam mana pulak peniaga - peniaga kat bawah ni boleh merungut sedangkan puak - puak Pakatan tu dah janji akan memberikan keuntungan kepada mereka?

Opps... lupa pulak. Janji Pakatan ni memang tak boleh pakai. Lagi pun, peniaga - peniaga kat bawah ni belum tentu lagi mengundi diorang dalam PRU yang akan datang. Jadi, sebab tu la diorang je yang mengalami kerugian!!! Tak gitu? Gitu, gitu...
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian ekoran perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu. 

Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini. Pekerja sebuah kedai aksesori telefon di Jalan Raja Laut, Omiratna Abas, 19, berkata kedainya tidak dikunjungi pelanggan selepas dibuka pagi tadi. 

"Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai," katanya. 

Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu. 

"Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan," katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas. 

Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan. 

"Saya baru pulang dari Sabah...saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya. 

Seorang peniaga kain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahmed Bukhara, 43, berkata premisnya terpaksa ditutup kerana keadaan yang sesak dengan peserta perhimpunan. 

"Keadaan ini menyebabkan pelanggan tidak mahu datang. Saya tidak suka kerana sebabkan kami rugi...susah nak berniaga," katanya. 

Keadaan di Jalan Petaling, yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari negara Arab, juga tidak banyak bezanya apabila ramai peniaga mendakwa sukar berniaga kerana perhimpunan itu. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping