Jumaat, Januari 04, 2013


Semut tak mengikuti sangat cerita disebalik isu yang dibangkitkan oleh lelaki yang bernama Deepak ni sebab dia pun bukannya orang penting.

Tambahan pulak, Si Penjual Karpet ni memang dah terang - terang jadi boneka puak - puak Pakatan Pembangkang tu sahaja sebenarnya.

Jadi, buat apa kita nak ambik peduli sangat dengan apa yang didedahkan oleh Si Penjual Karpet murahan tu? Nak bagi dia jadi kredit kepada Pakatan?

Tinggal lagi, rentetan kisah mengenai Si Penjual Karpet ni memang lawak Gila Babi. Semuanya sebab puak - puak Pakatan tu sendiri yang dah terperangkap.

Sebelum ni, diorang mempergunakan Si Penjual Karpet tu sebagai alat untuk terus menyerang dan membuat tuduhan terhadap Datin Seri Rosmah. 

Habis semua yang dikatakan oleh Si Penjual Karpet tu dipercayai bulat - bulat oleh pemimpin Pakatan. Nak pulak orang macam Si Rafizi Jambu tu.

Dah la perut Si Rafizi Jambu tu semakin hari semakin bulat sebab dah banyak sangat termakan fitnah yang dilemparkan terhadap orang lain.

Sekali, bila Si Penjual Karpet tu tampil dan menafikan dokumen yang dikatakan milik dia, Si Rafizi Jambu tu pulak jadi meroyan tak tentu arah. 

Dia kata dokumen tu memang sah milik Si Deepak tu. Mati - matian dia nak rakyat percaya bahawa dokumen yang didedahkan adalah milik asal Si Penjual Karpet. Bukan direka - reka.
"Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
 
"Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni memang jenis manusia yang tak sedarkan diri. Masih nak duduk dalam dunia angan - angan.

Nak buat tuduhan pun, biar la berasas. Ini tidak. Diorang main balun je apa yang ada. Sekarang, bila perangkap dah makan diri, sibuk la diorang nak cari jalan keluar.

Kalau betul la dokumen yang didedahkan oleh Si Rafizi tu adalah milik Si Penjual Karpet tu, maknanya, Si Rafizi tu tuduh Si Deepak tu menipu dengan menafikan perkara tersebut.

Kalau dah Si Deepak tu menipu, untuk apa lagi kita nak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh dia sebelum ini? Dah tentu - tentu dia menipu jugak.

Takkan la benda semudah itu pun Si Rafizi Jambu tu tak boleh nak fikir kot. Apa ke bengap sangat budak yang belajar kat Oxford ni. Mengalahkan budak sekolah tadika pulak.

Kepala otak dia letak kat Kepala Lutut ke? Ke sebab otak dia dah bersarang sebab terlalu banyak sangat fikir cara nak buat fitnah terhadap orang lain?

Kesimpulannya mudah. Si Rafizi Jambu ni memang suka buat fitnah dan Si Penjual Karpet tu pulak dia tuduh sebagai penipu. Dah kena dah. Si Penipu jual Si Kaki Fitnah. Baru la Padan dengan Muka Dia!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Cerita cerita fitnah ni tak lama de.. Lelama orang akan tahu jugak cerita yang benar. Bukannya tak tahu fitnah ni dosanya berat. Sekarang apa sudah jadi temberang sudah pecah pun ada pencacai pencacai yang percaya lagi dgn pemimpin macam ini. Mereka mereka ini yang tidak nampak pada kebenaran kerana sifat dengki dan irihati yang menebal didalam diri mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping