Sabtu, Januari 05, 2013


Pergh!!! Punya teruk perangai musibat yang tak sedar diri ni ye. Inilah akibatnya kalau kita jahil dalam bab agama tapi nak tunjuk pandai. Hingga tahap ini jadinya.

Bila orang cerita pasal Kebenaran, ada pulak yang marah dan kata ini semua fitnah. Habis, cerita kat bawah ni pun fitnah jugak ke? 

Sekarang semuanya dah terbongkar. Semuanya dah didedahkan kepada rakyat supaya rakyat sendiri menilai sejauh mana kesan perjuangan songsang mereka selama ini.

Bukan setakat jiran sebelah rumah je yang terkena tempias akibat ketaksuban mereka terhadap amanat Hadi Awang tu. Malah isteri sendiri pun terlibat sama. Memang sah la diorang ni BEBAL belaka!!!
"Saya lepaskan semua jawatan dalam UMNO cawangan demi menghormatinya. Saya laksanakan apa yang dikehendakinya dan mengajar bekas suami membaca al-Quran sehingga pandai tetapi saya masih dikatakan sesat." 
Demikian luahan hati seorang guru agama, Che Hasnah Che Ahmad, 62, ketika menceritakan pengalamannya berumah tangga dengan bekas suaminya yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi dan menjadi pengikut tegar Pas. 
Che Hasnah berkata, sebagai seorang isteri yang mahu patuh kepada suami, dia sanggup berkorban dan tidak terlibat dalam politik kerana menghormati suaminya namun ia masih belum cukup kerana selagi tidak menjadi ahli Pas, dia tetap kafir di mata bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78. 
"Sebelum dia berkahwin dengan saya dia langsung tidak menghadiri kenduri kahwin orang UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO tetapi selepas kahwin, saya menasihatinya dan ada masanya dia akan datang juga ke kenduri kahwin. 
"Tetapi yang pasti dia tidak pernah sembahyang dengan berimamkan orang UMNO malah suami saya percaya semua solat, semua kebaikan yang dilakukan ahli UMNO tidak akan membawa ke syurga," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chabang Tiga, Chetok, di sini hari ini. 
Che Hasnah diminta mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N Al-Afgani mengenai masih ramai penyokong berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan mereka yang tidak bersama Pas. 
Menurut Che Hasnah, sebelum berkahwin, dia merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan di kampung itu tetapi atas permintaan bekas suaminya, dia telah melepaskan jawatan berkenaan dan menumpukan tugasnya sebagai seorang isteri dan guru agama. 
Bagaimanapun dakwa beliau, ketaksuban bekas suaminya terhadap amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 sentiasa menjadi pegangan ahli tegar parti Pas. 
"Bahagianya hidup kami suami isteri apabila saya turut mengajarnya membaca al-Quran sehingga pandai tetapi dia masih tidak menghargai saya menyebabkan hati saya sakit sampai sekarang. 
"Walau bagaimanapun, tiga orang cucunya dan seorang menantunya masih belajar agama dengan saya dan saya gembira kerana mereka tidak terlibat dengan perkara ini," katanya yang mengajar lebih 100 anak murid berumur antara 6 hingga 55 tahun.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping