Tolong la Pak Berahim. Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Jangan la kuat sangat nak temberangnya. Buat malu diri sendiri je.
Dah nama pun PAS tu PARTI POLITIK, apa saja tindakan yang dibuat dah tentu - tentu la bermotifkan POLITIK jugak. Tak payah la nak temberang.
Pemecatan Ustaz Nasha sebagai AJK Majlis Syura tu pun memang berdasarkan POLITIK. Kalau tidak, kenapa pulak dia nak digugurkan?
Sama la macam yang berlaku ke atas Datuk Dr. Hassan Ali dulu. Pun sama jugak. PAS kata bukan sebab POLITIK. Walhal, memang itulah sebabnya.
Pak Berahim kata Ustaz Nasha dipecat sebab kurang memberikan komitmen kepada parti. Dah dia bosan dengan POLITIKING PAS, nak buat macam mana.
Kalau bercakap, bukan main lagi. Nak menegakkan Islam sangat KONONnya. Tapi tindakan, semua Pakat Angguk Saja pada DAPigs, apa kejadahnya.
Dia bagi nasihat pada kepimpinan PAS, sekor pun tak nak dengar. Jadi, buat apa dia nak sibuk - sibuk berPOLITIKING macam orang lain.
Ustaz Nasha lebih mementingkan perjuangan untuk menjaga kesucian Islam. Bukan macam pemimpin - pemimpin lain. Asyik mengutamakan POLITIK.
Jadi, macam mana dia nak bagi komitmen sepenuhnya kalau dah pemimpin lain pun tak nak dengar cakap dia. Yang pemimpin lain tu pulak sibuk nak kejar kuasa. Bab agama ni, diorang dah pakat tinggal je dah!!!
SHAH ALAM - Pas menafikan tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa - dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura - bermotifkan politik dan ada kaitan dengan lawatan ke Gaza bersama rombongan kerajaan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan melucutkan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura tidak melibatkan politik seperti yang digembar-gemburkan media.Menurutnya, Pas telah membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari lalu untuk menggugurkan Nasharudin berikutan komitmennya yang tidak baik.Beliau berkata, jadi perkara tersebut tidak mempunyai sebarang unsur politik, walaupun ada yang cuba mengaitkan tindakan Nasharudin bersama rombongan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza minggu lalu."Tak ada kena-mengena dengan politik."Kita mengambil keputusan itu pada 13 Januari lalu, namun saya tak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin."...seperti kita katakan sebelum ini, kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitmennya yang kurang memuaskan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.