Selasa, Januari 29, 2013


Tahniah diucapkan kepada PAS kerana telah menggugurkan seorang ulama dan menggantikannya dengan seorang Komunis yang tak de ilmu agama.

Macam ni la baru betul parti yang memperjuangkan Islam. Yang ada asas agama diorang buang. Yang dok ikut bontot DAPigs tu jugak la yang diorang julang. 

Selamat sangat la Islam kalau macam tu ye? Jangan pelik la kalau lepas ni dah tak de dah cerita pasal nak memperjuangkan Islam ni dilaungkan oleh PAS sebab diorang pun dah jadi sebahagian dari DAPigs!!!
SETELAH pemecatan Nasharudin Mat Isa dari jawatan sebagai ahli Majlis Syura PAS semalam (bukan 13hb Januari), semakin banyak pihak tampil mendesak agar Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik bagi menggantikan Nasharudin.
Sebagai makluman, perlantikan ahli Majlis Syura Ulama, mengikut perlembagaan PAS adalah selaras dengan Fasal 7 (4), seperti dinyatakan dibawah:-
Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.
Dari apa yang penulis diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mencadangkan nama Mat Sabu untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Walaupun kerusi dalam Majlis Syura Ulama PAS hanya dikhususkan untuk golongan ulama dalam parti tersebut, tapi penulis tidak melihat sebarang masalah untuk Mat Sabu dilantik ke jawatan tersebut kerana perwatakan beliau memang cukup sifat seperti seorang ulama, berkopiah dan berjubah, cuma tidak pernah berserban.
Beliau juga dikenali mampu berhujah dengan begitu baik sekali, termasuk keupayaan memetik ayat-ayat al-Quran tertentu.
Selain itu, ketokohan Mat Sabu sebagai pemimpin masyarakat sudah diketahui umum, walaupun sekarang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.  Pengalaman bertahun-tahun sebagai ahli parlimen sebelum ini telah menjadikan Mat Sabu seorang yang popular dan disenangi masyarakat. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping