Ahad, Januari 06, 2013


Aiyoo... ngeri. Kepada teman artis, sila cermin dulu penampilan sebelum beraksi depan kamera. Bukan apa, kadangkala ada yang terlepas pandang hingga mengundang kutukan serta kritikan panas penonton.

CAK bukan nak menyibuk, tetapi rasa terpanggil untuk membicarakan perkara ini atas dasar kasihan. Mungkin bagi si pelaku, tak ada apa yang perlu dimalukan tetapi tanpa sedar, sebenarnya dia memalukan dirinya.

Senang cerita, biar CAK berterus-terang saja. Baru-baru ini CAK menonton drama dibintangi pelakon berpengalaman. Kebetulan CAK menonton di rumah saudara yang meraikan majlis ulang tahun. Dalam erti kata lain, ramai yang bertandang dan menonton sama drama itu.

Masing-masing teruja menonton kisah konflik cinta yang sememangnya biasa berlaku dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi mak cik. Kebetulan pula ada pelakon yang sudah lama tak muncul beraksi dalam drama itu.

Suasana tenang tiba-tiba bertukar kecoh apabila ada suara nakal menjerit: “Amboi besarnya...” CAK yang kebetulan asyik menikmati lontong terus fokuskan perhatian ke kaca TV. Yelah, nak tahu juga apa yang besar.

Seisi rumah riuh rendah dengan tawa. Masing-masing tak dapat tahan gelak melihat penampilan seorang pelakon. CAK tiba-tiba rasa kasihan dengan pelakon itu. Mungkin dia tak perasan penampilannya boleh mengundang kritikan orang.

Di sini bukan besar atau kecil isunya, tetapi artis itu sepatutnya peka dengan bentuk badannya, terutama bahagian yang mengundang perhatian ramai.

Yang mengundang perhatian itu adalah ketidaksesuaian baju dalam yang dipakainya hingga bahagian ditutup itu membuai-buai. Dah tahu akan muncul di TV, pakailah yang bersesuaian dengan saiz aset.

Nasib baik tiada budak bawah umur yang menonton. Kalau tidak, pasti ternganga bila dengar riuh rendah orang ketawa.


Ps: Ciet!!! Itu pun nak jadi bahan cerita ke? Mamat kat bawah ni selamba je tayang aset dia yang bengkok. Tak de pulak dia rasa malu!!!

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping