Rabu, Januari 30, 2013


Hah! Tau pulak Si Zaid Al - Araki tu nak berenti dari terus berpolitik ye. Tau pulak dia dah tak banyak menyumbang kepada rakyat.

Bagus la kalau dia dah buat keputusan macam tu. Sekurang - kurangnya, dia sedar jugak diri dia siapa. Kalau dah tak mampu, berenti je.

Sekarang tinggal la beberapa orang lagi pemimpin yang tak sedar diri. Nak pulak orang macam Si Ketua Penipu tu. Dia bila pulak nak berenti?

Kata dia, dia nak bersara kalau Pakatan Pembangkang tak dapat nak merampas Putrajaya. Kita tengok sejauh mana dia pegang pada kata - kata dia sendiri.

Lagi pun, kita bukan tak tau perangai Si Ketua Penipu Al-Juburi tu. Dia kan suka menipu. Jadi nanti jangan pulak dia nak tarik balik keputusan yang dia sendiri dah buat. Kalau dia tarik balik, memang sah la dia suka jilat ludah dia sendiri!!!
PETALING JAYA: Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah membuat keputusan untuk berhenti daripada bergiat aktif dalam politik dan kembali ke dunia perniagaan.
Sebelum dilantik sebagai anggota pentadbiran di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, Zaid adalah pemilik firma guaman terbesar Malaysia iaitu Zaid Ibrahim & Co (Zico).
Beliau kemudiannya meninggalkan firma guamannya sendiri untuk bergiat aktif dalam politik.
Bagaimanapun jangka hayat politiknya tidak panjang kerana selepas seketika beliau meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menahan ahli parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan pemberita Sin Chew, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau kemudiannya disingkir daripada Umno dan selepas itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)dan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 tetapi tewas.
Zaid kemudiannya mencetuskan kontroversi di dalam PKR apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden menentang Azmin Ali.
Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dengan alasan ia adalah satu pertandingan yang tidak adil dan penuh dengan manipulasi. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping