Baru - baru ni SH duduk dengan beberapa orang golongan anak muda. Ceritanya berkaitan dengan Himpunan Shamshidar yang diadakan baru - baru ini.
Ada dikalangan mereka yang pergi bercerita mengenai pengalaman tersebut. Dari apa yang diorang cerita, memang nampak sangat yang diorang ni kecewa.
Kecewa bukan sebab tak dapat duit. Diorang kecewa sebab tak de pertempuran dengan pihak Polis. Tak macam sebelum ini kata diorang.
Selain itu, SH tanya apa yang diorang dapat sepanjang berada disana? Tak de apa yang dinyatakan mampu memberikan faedah kepada mereka.
Apa yang mereka dok sebut ialah mengenai jumlah orang yang datang. Ramai sungguh kata diorang. Ada la dalam sejuta lebih.
Hah? Sejuta lebih? Diorang kira macam mana gamaknya yang boleh sampai sejuta lebih tu? Diorang kira sorang - sorang ke peserta yang datang tu?
Kalau diorang kira sorang - sorang, boleh jugak la kita percaya. Ini tidak. Diorang pun main ikut cakap orang je. Tengok orang ramai, dah percaya ada sejuta lebih.
Tambah memalukan ialah input yang diorang dapat dari himpunan tersebut. SH tanya sekali lagi, apa yang diorang dapat dari himpunan tu. Masih tak de jawapan.
Rupanya diorang setakat pergi je ke stadium Merdeka tu. Jalan berarak beramai - ramai kemudian sampai duduk kat luar stadium. Itu je yang diorang buat.
Patut la diorang tak mampu nak jawap soalan yang SH tanya. Patut la diorang terkedu bila SH tanya apa yang pemimpin Pakatan Pembangkang tu sampaikan.
Jadi, buat apa la diorang nak bangga sangat kalau ramai orang yang datang ke himpunan tu? Apa faedahnya? Apa manfaat yang diorang dapat selain dari mengabihkan masa?
Lepas tu SH tanya satu lagi soalan maut yang buatkan diorang termenung lama. "Korang ni sibuk cerita pasal Politik ni, korang dah daftar mengundi ke belum?" Hah!!! Semua pakat diam sebab semuanya tak cukup umur. Pun nak bercerita pasal Politik jugak ke!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.