Hah! Heran jugak SH dengan Si Nurul Izzah ni. Tak pulak dia nak buat bantahan kali ni ek? Kalau tidak, biasanya dia la orang yang mula - mula protes itu ini.
Tapi, dalam isu berkaitan dengan pengundi di luar negara ni lain pulak bunyi dia. Dia seolah - olah menyokong pulak tindakan yang dibuat oleh SPR.
Kalau sebelum ini, ramai jugak pemimpin Pakatan yang mempertikaikan pasal isu tu. Jadi, kenapa pulak Si Nurul Izzah ni nak menyokong?
Apa, dah tak de idea dah ke dia nak 'spin' perkara tersebut? Dah tak de dah buah 'Pengundi Hantu' yang boleh digunakan bila pendaftaran tersebut dibuat?
Atau, adakah dia berasa yakin bahawa pengundi - pengundi di luar negara tu akan membolehkan puak - puak Pakatan tu merampas Putrajaya?
Hakikatnya, perkara ini hanya satu perangkap puak - puak Pakatan Haramjadah ni je sebenarnya. Bukannya kit tak tau beb. Diorang saja je main wayang.
Andaikata diorang tewas nanti, jangan pelik la kalau diorang kata ini semua sebab wujudnya pengundi hantu yang diimport dari luar negara ni.
Masa tu, apa yang dinyatakan oleh Si Nurul Izzah tu akan lenyap begitu sahaja. Sokongan dia hari ini sudah pasti akan berubah jika perkara tersebut berlaku. Percaya la.
Sebab kita pun bukannya tak kenal dengan Si Nurul Izzah ni. Dia memang cukup pandai memutar belitkan kenyataan yang dia luahkan sendiri.
Sama macam yang dia buat sebelum ini. Dah terang - terang dia menyokong orang Melayu diberikan Kebebasan Beragama walaupun dia tau Melayu Malaysia ni semuanya Islam.
Jadi, jangan la kita heran pulak kalau tiba masanya nanti, dakwaan pasal pengundi hantu di luar negara tu bakal jadi kenyataan. Sebab memang dah itu perangai Si Nurul Izzah ni. Buat kerja malas, menipu je yang dia taunya!!!
SHAH ALAM - Di sebalik desas-desus Parlimen akan dibubar bulan ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menasihatkan rakyat yang berada di luar negara segera merebut peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Katanya, lebih sejuta warganegara yang berada di luar Malaysia mampu mengubah landskap demokrasi tanah air melalui pembuangan undi atau mendaftar undi pos.
Beliau juga berkata, sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), rakyat yang berada diluar negara perlu segera mendaftar sebagai pengundi pos serta membuat semakan.
Tambahnya, jika pendaftaran telah dibuat, mereka diminta memaklumkan kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau undi yang bakal dilakukan. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.