Isnin, Februari 11, 2013


Alahai. Kesian betul tengok gelagat Si Hadi Awang ni ye. Kalau dah buat salah tu, mengaku je la. Tak payah la nak tunding jari pada orang lain Hadi oi!!!

Dah terang - terang sangat dah dia di'Kambing Hitam'kan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Pun dia masih lagi nak salahkan orang lain?

Apa la nasib PAS dapat Presiden macam ni. Dah la dia tak mampu nak memartabatkan perjuangan Islam. Nak pertahankan isu kalimah Allah pun dia tak boleh buat. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Tindakan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) 'menyelesaikan'  kontroversi isu kalimah Allah mencerminkan PAS sebagai parti yang tidak bertanggungjawab, kata penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Ismail Sualman.


Malah tegas beliau, Hadi tidak sepatutnya bertindak sedemikian, apatah lagi penggunaan kalimah ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan keputusan kerajaan itu harus dihormati.

"Jadi perkara ini tak timbul untuk diserahkan kepada KDN kerana pemimpin ini tahu bahawa ia memang tidak boleh digunakan oleh mana-mana kecuali untuk orang Islam.

"Mereka ni akan baling batu sembunyi tangan, bila ada masalah mereka akan serah kepada kerajaan atau kepada kementerian tertentu sedangkan yang mewujudkan atau yang mengeruhkan keadaan adalah rakan dalam Pakatan (Rakyat)," katanya ketika dihubungi.

Minggu lalu Hadi berpendirian untuk tidak membawa keputusan Majlis Syura Ulama bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Beliau menolak persoalan itu diajukan kepadanya kerana bukan Pakatan Rakyat yang memerintah negara.

"Sepatutnya soalan ini dikemuka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerana hak membenarkan kalimah Allah di dalam Bible ini adalah dibenarkan oleh Kementerian Dalam 
Negeri.

"Yang menentukan untuk cetak dan seumpamanya bukannya kami, kerana kami tidak memerintah lagi, kenapa heret kami dalam perbincangan ini?" kata beliau, walhal isu tersebut dibangkitkan oleh rakan komponen DAP dalam ucapan bersempena Hari Krismas pada Disember lalu. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping