Pergh!!! Gila lah Si Mahfuz Bean ni. Walaupun tak lulus SRP, tapi dia masih berkemampuan untuk menjadi seorang 'Pakar'. Tapi pakar bab menipu la.
Sebab memang itu je kemahiran yang dia mampu buat. Hak lain dia mana reti. Cuma satu benda yang SH respek dengan Si Mahfuz Bean ni.
Walaupun dia ni kantoi SRP, tapi kuasa yang dia ada dalam Pakatan Pembangkang tu lagi besar dari kuasa yang ada pada Hadi Awang. Kuasa dia kalah Presiden PAS wo!!!
Korang bayangkan. Hadi Awang pun tak de kuasa untuk mengarahkan Majlis Pimpinan Presiden Pakatan. Tapi, Si Mahfuz Bean ni boleh beb. Kira memang hebat betul la dia ye tak. Boleh la jadi Perdana Menteri!!!
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar mengambil strategi bagi menghadapi apa jua kemungkinan, yang beliau sifatkan sebagai "muslihat" Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).
"Saya akan meminta mesyuarat kepimpinan (Majlis Pimpinan Presiden) Pakatan Rakyat supaya mencari dan menyusun strategi bagi menghadapi muslihat BN... BN akan guna apa sahaja dalam pilihan raya umum," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi Sinar Harian Online.Sehubungan itu tegas beliau, PR perlu ada strategi untuk menghadapi segala kemungkinan "di mana BN akan menggunakan segala jentera dan agensi untuk menang PRU13."Katanya, ini termasuklah kewujudan daftar pemilih yang masih belum bersih, lebih-lebih lagi ekoran kewujudan situasi warga asing di Sabah diberi kewarganegaraan dan sekali gus menjadi pengundi, sebagaimana didedahkan dalam prosiding suruhanjaya diraja baru-baru ini."Ini pendedahan RCI di Sabah... keadaan juga kemungkinan berlaku di Semenanjung. Jadi, bagi saya daftar pemilih tidak bersih."Dalam keadaan kita sudah tidak ada masa lagi untuk membersihkan daftar pemilih, PRU13 semakin dekat, kita semakin dekat dengan tembok PRU, BN akan menggunakan apa juga muslihat, Pakatan Rakyat kena ada strategi dan pendekatan sendiri," kata beliau sambil menambah, "saya juga hairan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) mengatakan pembangang kena terima keputusan PRU13 dan tidak timbulkan huru-hara."Katanya, beliau hairan apabila perdana menteri dengan cepat-cepat mengeluarkan kenyataan sedemikian."Saya sungguh hairan dengan kenyataan," kata beliau yang turut mendakwa sejarah pilihan raya negara telah membuktikan BN tidak boleh menerima keputusan sebagaimana disaksikan pada tahun 1959 (ketika Perikatan) di Terengganu dan di Perak lima tahun lalu. - seterusnya...
pakar strategi?adakah patut
BalasPadam