Isnin, Februari 11, 2013


PETALING JAYA: Aktres Tasha Shilla enggan mengulas lanjut berhubung pengakuan terbaharu aktres Neelofa bahawa mereka akhirnya bermaafan pada minggu lalu sejak kes salah faham pada tahun lalu.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia tidak pernah menganggap hubungannya dengan Neelofa bermasalah walaupun timbul pelbagai spekulasi kononnya mereka bermasam muka sebelum ini.
“Saya tiada apa hendak komen kerana memang tidak pernah anggap ada masalah antara kami. Saya seorang yang profesional dan terbuka,” ulasnya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, petang Ahad.
Tasha berkata demikian sebagai respons kepada pengakuan Neelofa bahawa mereka bertembung buat pertama kali ketika siaran rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lalu di TV3, sejak kes salah faham sebelum ini.
Ujar Neelofa, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat berbual dan dia memohon maaf kepada Tasha atas komen yang diberikan berhubung kejayaan aktres itu sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Ditanya mengenai hal itu, Tasha berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan kes itu berlanjutan.
“Saya enggan komen banyak kerana tidak mahu perkara (salah faham) ini berpanjangan pada masa akan datang,” katanya. - seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping