Jangan mimpi la!!! Banyak lagi cerita yang boleh dibangkitkan pasal Si Husam ni sebenarnya. Cuma malas je nak tulis panjang - panjang.
Masuk hari ni, dah 14 hari dah berlalu. Tapi Si Husam tu masih jugak tak tampilkan diri dan jelaskan kepada rakyat mengenai isu kutipan dana Lebuh Raya Rakyat tu.
Jadi, macam mana cerita ni nak habis? Selagi dia tak jelaskan kepada rakyat perkara - perkara yang berkaitan dengan duit tu, selagi tu la rakyat akan persoalkannya.
Dia perlu dedahkan laporan audit oleh pihak yang bertanggungjawab mengenai dana kutipan tersebut. Dah berapa banyak duit tu dia kutip.
Siapa yang simpan dan apa yang diorang nak buat dengan duit tu sekiranya Kerajaan Pusat melaksanakan janjinya untuk membina Lebuhraya tu kelak.
Persoalan itu yang perlu dijawab oleh Si Husam ni. Tapi, kalau dia tak jawab, mau sampai lepas Pilihan Raya pun cerita ni tak habis.
Jangan la Si Husam tu anggap rakyat ni bodoh sangat untuk dipermain - mainkan sesuka hati dia. Jangan ingat orang kampung ni tak sekolah.
Setakat nak membezakan pemimpin yang benar - benanr ikhlas membantu rakyat dengan yang suka menipu rakyat ni bukannya susah. Sekali tengok pun dah tau.
Pemimpin yang ikhlas ni tak cakap banyak. Kalau dia nak bantu, dia bantu je terus. Tak de der dia nak banyak cakap dengan mengeluarkan dakwaan yang bukan - bukan.
Tapi, kalau pemimpin tu tak ikhlas, buat kerja pun sebab terpaksa, maka jadi la dia macam Si Husam ni. Buat kerja pun bukan sebab amanah kepada rakyat.
Sebaliknya, dia buat kerja untuk menutup kelemahan diri dia sendiri. Dia nak tutup keGAGALan diri dia agar rakyat tak dapat nak lihat.
Mungkin dia tak sedar yang rakyat dah nampak dah cacat cela dia sebelum ini. Jadi, tak payah la dia nak susah - susah menipu rakyat.
Korang bayangkan. Tatkala isu pasal janji YAB Perdana Menteri buat sebelum ini masih lagi hangat diperkatakan di Kelantan, tetiba pulak Si Husam tu buat pengumuman.
Dia kata, Rejim PAS Negeri akan memulakan projek pembinaan Stadium baru pada bulan Mac yang akan datang. Tak ke nampak sangat menipunya tu?
Kenapa baru sekarang dia nak buat sedangkan cerita pasal nak bina stadium tu timbul dua tahun yang lalu? Kenapa tetiba pulak projek tu boleh dilaksanakan?
Dalam masa yang singkat pulak tu. Lepas pengumuman YAB Perdana Menteri lagi. Tak ke nampak sangat Si Husam tu sengaja nak 'cover line'?
Sudah la Husam oi!!! Jangan la ingat rakyat ni bongok sangat macam dia tu. Jangan ingat rakyat tak dapat nak beza yang mana wayang dan yang mana realiti. Kot kalau nak menipu pun, jangan rakyat pulak yang nak dijadikan mangsa!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.