Hek eleh mamat ni. Dah kantoi pun dia nak sumpah seranah orang tak tentu arah. Tak sedar diri betul. Perangai sejibik macam Si Tok Pekong tu pulak.
Dia dah kantoi, tapi nak maki hamun orang pasal apa? Lepas tu nak kata yang mental dia tak betul. Short wayar pulak kononnya.
Dey! Mana ada orang Gila nak mengaku dia Gila woi! Sama la macam Si Tok Pekong tu jugak. Dia memang kantoi meliwat. Mana mungkin dia nak kata yang diri dia tu sebagai seorang Peliwat!!!
IPOH – Selepas setahun jenayah rasuahnya dibongkar, seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang menyembunyikan wang ‘kotor’ sebanyak RM720,000 di dalam lipatan telekung serta di beberapa tempat seperti di dapur dan ruang tamu rumah akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.Bagaimanapun, Amir Sharifud-din Aliman, 59, hanya didakwa atas 13 pertuduhan menerima rasuah daripada dua kontraktor balak berjumlah RM390,000 sejak tiga tahun lalu.Difahamkan, tuduhan berhubung baki rasuah sebanyak RM330,000 akan didakwa selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti yang mencukupi.Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas dia mendakwa tidak ingat dan tidak memahami kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah dan Hakim Madihah Hairullah.Pada prosiding pertama di hadapan Hakim Julie Lack, tertuduh didakwa menerima RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, Ismail Abd. Manas. Ismail mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kafe Bawang Merah, Jalan Suda Bahagia, Gerik dekat sini pada pukul 9 malam 3 Januari tahun lalu.Bagi prosiding kedua di hadapan Hakim Madihah, Amir Sharifud-din didakwa atas 12 pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor balak, Tan Chee Hee berjumlah RM290,000 di dalam bilik pejabat pegawai hutan Daerah Hulu Perak, Gerik dekat sini antara pukul 8 pagi hingga 5 petang 9 April 2010 hingga 21 Oktober tahun lalu.Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Untuk kedua-dua prosiding itu, tertuduh yang ditahan pada pukul 10 malam 4 Januari tahun lalu di rumahnya di kawasan Gerik bukan sahaja tidak membuat sebarang pengakuan malah dia kelihatan terpinga-pinga hingga memaksa jurubahasa membacakan pertuduhan tersebut berulang kali.Dia kerap mengatakan ‘tidak ingat, tidak faham’ selain memberitahu mentalnya tidak stabil.Peguam Saw Hoe Teck yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya mengalami kecelaruan afektif dwikutub yang menyebabkannya mengalami perubahan emosi berepisod iaitu daripada terlalu gembira kepada terlalu sedih dan hilang semangat.Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan laporan mengenai mental tertuduh disediakan dan mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia serta-merta.Sebelum prosiding, Amir Sharifud-din yang kini digantung kerja menjerit kepada wartawan supaya melaporkan kes itu dengan elok.“Jika tidak, aku akan berdoa supaya kamu dilaknat Allah tujuh keturunan dan mendapat anak cacat,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.