Huh! Dah 16 hari baru Si Husam tu nak jawab mengenai janji yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu jelajah Janji Di Tepati baru - baru ni?
Lambat betul reaksi dia ye. Lama sangat kot dia nak fikir jawapan apa yang dia nak berikan mengenai apa yang telah dibentangkan tu kot.
Maklum la, nak menipu pun kena pro beb. Tapi, SH lebih menumpukan kepada isu pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Meh kita tengok jawapan dia:
Janji-janji tersebut adalah saduran atau meniru Kelantan. Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan penduduk Kelantan adalah sebagaimana berikut:i. BENTENG SUNGAI GOLOK untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok- Thailand telah menyiapkan benteng tersebut dan akibatnya limpahan berlaku dan mengakibatkan banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.ii. PEMBERIAN STATUS LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KEPADA KELANTAN misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan. Hak pemberian status ini sehingga ke hari ini tidak diberikan.iii. KEMUDAHAN PELABUHAN yang sepatutnya dijadikan inisiatif untuk melihat perkembangan ekonomi rakyat Kelantan. Sehingga ke hari ini kemudahan ini tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.iv. PENDARATAN PETROLEUM DI KELANTAN adalah isu besar yang jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, ia harus diadakan. Pendaratan Gas dan Petroleum ini adalah perkara besar yang akan mengubah landskap ekonomi rakyat Kelantan.Dalam kapasiti Barisan Nasional yang telah lama memerintah Malaysia tidak wajar rakyat disuap dengan janji politik sahaja. Sepatutnya semua kemudahan ini dilaksanakan untuk rakyat. Janji yang dibuat pula berskala kecil dari hak yang sepatutnya. Dengan royalti Petroleum sepatutnya Kelantan dapat lebih dari apa yang dijanjikan.
Heh! Dalam kenyataan Husam tu, dia sikit pun tak jelaskan mengenai isu yang blog SH bangkitkan. Soalnya pasal duit derma yang diberikan oleh rakyat.
Rakyat nak tau perkembangan terkini mengenai duit derma tu. Dah berapa banyak yang dikumpul, siapa yang buat audit, siapa yang simpan duit tu.
Itu persoalannya. Bukan cerita pasal bab lain. Kalau tengok balik jawapan Si Husam tu, jelas dia sendiri menyatakan bahawa pembinaan jalan tu tak penting.
Tu pasal la dia senaraikan benda - benda lain sebagai respon kepada janji tersebut. Kenapa dia nak cerita pasal benteng dan pasal status lapangan terbang?
Jelas Husam, kemudahan pelabuhan dan pendaratan petroleum adalah perkara yang perlu diberi keutamaan, bukannya berjanji nak buat jalan.
Jadi, soalannya sekarang, adakah empat perkara yang dinyatakan oleh Husam tu lebih penting dari nak bina lebuhraya Kuala Krai ke Kota Bharu?
Jika empat perkara tu lagi penting, apa kejadahnya pulak diorang nak kutip duit dari rakyat untuk pembinaan tersebut? Kutip la duit, buat la yang empat tu dulu kalau ianya lebih perlu diutamakan. Jangan la nak menipu rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.