Ah pulak!!! Dah tak de kerja ke Presiden ni sampai dia pulak nak jadi angkasawan? Tinggi betul cita - cita dia ye? Meh baca jap apa ceritanya...
DUBAI 5 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyuarakan hasratnya untuk menjadi angkasawan pertama negara itu yang dihantar ke orbit sebagai mempamerkan kesungguhan Teheran meneroka program angkasa lepas.
Hasrat Ahmadinejad itu dinyatakan seminggu selepas kejayaan Iran menghantar seekor monyet ke ruang angkasa dan membawa haiwan tersebut pulang hidup-hidup.
Saya bersedia untuk menjadi rakyat pertama Iran dihantar ke angkasa oleh saintis negara ini," lapor agensi berita Mehr yang memetik kenyataan Ahmadinejad.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau benar-benar serius untuk merealisasikan impiannya itu.
Huh! Betul tinggi cita - cita Ahmadinejad ni. Semua benda dia nak cuba. Sampaikan nak jadi angkasawan pulak dah gayanya sekarang ni.
Kalau di Malaysia, orang selalu nak menyamakan Presiden Iran tu dengan Si Nik Aziz. Maklum la, PAS sekarang dah diserap fahaman Syiah.
Tapi, mampu ke Si Nik Aziz tu nak pasang angan - angan untuk jadi angkasawan macam Ahmadinejad ni? Mau ke dia pergi ke angkasa tu nanti?
Mana la tau ye tak. Buatnya Si Husam tu dapat cadangan yang bukan - bukan, dibantainya nak bina pulak stesen angkasa kat Kelantan tu. Naya jugak la nanti.
SH bukan apa. Takut pulak hajat diorang tak kesampaian. Mana tidaknya. Sedangkan nak bina jambatan pun tak mampu, inikan pulak nak jadi angkasawan. Jadi tak payah la diorang nak berangan benda yang bukan - bukan!!! Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.