Selasa, Februari 19, 2013


Fuh!!! Memang berdesing telinga kena tenyeh dengan adik beradik dari keluarga Allahyarham Ustaz Hassan ni. Lepas sorang sorang serang puak - puak Pakatan tu.

Tapi, memang patut sangat la diorang nak tenyeh muka puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Dah diorang buat kerja yang bukan - bukan, siapa yang tak bengkak beb. 

Tinggal lagi, bercakap dengan manusia macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang payah. Diorang tu dah la Bodoh, Pekak pulak!!! Memang tak jadi apa la. Malang bagi orang yang dok menyokong puak - puak Haramjadah tu!!!
ALOR SETAR: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah, sebagai bacul dan tidak profesional. 
Beliau hairan NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia berlaku di Kedah dan Kelantan. 
“Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada langsung sikap patriotisme mereka. 
“Saya syak NGO-NGO ini ada persefahaman dengan pihak-pihak yang hendak melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh,” katanya semasa berucap pada program ‘Santai Orang Muda’ bersama beliau di sini, semalam. 
Lebih 200 orang muda mewakili NGO, gerakan dan persatuan belia serta wakil-wakil persatuan pelajar seluruh Kedah menghadiri program itu. 
“Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia,” kata Fuad. 
Beliau menasihatkan golongan muda mengambil peduli dan berfikir panjang terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu. 
Katanya golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada 1974. 
“Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana pelajar dipergunakan oleh (kini ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim, boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti. 
“Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Sebab itu saya mahu golongan muda hari ini berfikir dengan lebih terbuka. 
“Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu. Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi  bawah umur 25 tahun. Saya harap mereka membuat keputusan tepat,” katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping