Ahad, Februari 24, 2013



Menurut blog badutrakyat.blogspot.com, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena didakwa melakukan kempen secara halus bagi membolehkannya menduduki kerusi Menteri Besar menggantikan Azizan.

Kata blog itu lagi, difahamkan Mahfuz 'berkongsi' dengan Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menggerakkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan dua jawatannya itu sekali gus.

''Phahrolrazi walaubagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul,'' kata blog tersebut dalam entri terbaharunya bertajuk 'Kantoi!!! rupanya Mahfuz Omar dalang desak Azizan berundur dari jawatan Menteri Besar?' yang di siarkan hari ini.

Pada Rabu lalu, kepimpinan Azizan Abdul Razak diberitakan berhadapan dengan satu lagi krisis apabila 11 daripada 15 DUN Pas kawasan di Kedah dikatakan mahu beliau melepaskan jawatan termasuk sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Desakan itu dibuat kerana mereka mendakwa Azizan gagal menyelesaikan pelbagai isu di peringkat negeri dan parti sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli akar umbi Pas.

Dalam pada itu, Mahfuz ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagi mendapatkan ulasan berhubung dakwaan itu berkata, diri beliau sering menjadi bahan cerita di blog-blog tempatan.

Atas sebab itu Mahfuz berkata, pelbagai kisah tentangnya terdapat di blog-blog, antaranya dakwaan menjadi dalang (isu desak Azizan letak jawatan), selain dikatakan menjadi calon Menteri Besar.

Sementara itu, dalam entri yang sama blog tersebut turut mendakwa, tindakan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan meletak jawatan bukan kerana gagal menangani isu pembalakan, membawa masuk pelaburan, mengawal pusat-pusat hiburan atau gagal menangani masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Malah, kata blog tersebut, Pas sentiasa membela Azizan dalam semua isu-isu tersebut.

''(Sebaliknya) Yang menjadi masalah bagi Pas dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang 'mesra' UMNO dan Barisan Nasional (BN).

''Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak Pas di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO daripada UMNO,'' kata blog berkenaan.

Kata blog itu lagi, pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehingga sanggup memakai baju 1Malaysia for Youth (1M4U) iaitu membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati Pas Kedah.

''Akibatnya, Azizan dikritik hebat oleh Pas dan disindir agar menyertai UMNO sahaja. Daripada situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya dengan mengasak Azizan agar berundur,'' ujar blog itu lagi. - seterusnya...

Ps: Huh! Patut la Si Mahfuz Bean ni beria - ia sangat tolak tawaran untuk jadi orang tengah bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan krisis kepimpinan PAS di Kedah tu. Rupanya, dia yang tukang bagi pisau!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping