Ahad, Februari 17, 2013


Nah!!! Ambik kau sebijik. Baru tadi SH sebut yang puak - puak PAS ni semuanya tak ikhtiraf Perlembagaan Negara. Cuma Si Hadi Awang tu sorang je yang ikhtiraf.

Buat selama - lamanya, PAS tidak mampu menghadam Perlembagaan Negara yang sedia ada. Tapi, didalam Pakatan Pembangkang, PAS hanya main wayang.

Diorang berpura - pura menerima Perlembagaan Negara tu untuk mengaburi mata rakyat. Tambah buruk ialah bila mereka cuba untuk menipu ahli mereka sendiri.

Hari ini, Majlis Syura PAS telah menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Mukin diorang dah serik bermain wayang dengan puak - puak DAPigs dan PKR kot.

Tu pasal la Setiausaha Majlis Syura tu buat desakan supaya Pakatan Pembangkang mengubah Perlembagaan Negara sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.
JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.  
“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos. 
"(Perlembagaan) .. sebut Islam  sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total. 
"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau. 
"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.  
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.  
Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible. 
Persoalannya sekarang mampu ke PAS nak buat desakan tersebut sedangkan sebelum ini PAS sendiri akur dengan tuntutan DAPigs dan PKR? Nak ke diorang tunduk pada PAS?

Jawapannya dah tentu la TIDAK!!! Sebabnya mudah. PAS nak desak macam mana sedangkan perjuangan Negara Islam pun mereka gugurkan sebelum ini?

Disebabkan PAS nak ikut sangat telunjuk DAPigs, maka dasar perjuangan Negara Islam tu pun digugurkan dengan alasan ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.

Jadi, macam mana diorang nak desak DAPigs dan PKR yang ada dalam Pakatan Pembangkang tu untuk menerima cadangan yang diorang buat? Setakat wayang nak tarik perhatian rakyat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping