Jumaat, Februari 22, 2013


Bercerita bab 'kawan - kawan' bagi dia treler semalam, ini ada satu pendedahan menarik. Agaknya, inilah 'kawan - kawan' yang dimaksudkan oleh Si Hadi Awang tu ye?
Kenapa PAS mahu ganti UMNO di Terengganu? Jawapannya… mahu gomol sebanyak mungkin kawasan balak dan agihkan keuntungannya kepada ‘pejuang-pejuang’ PAS.

Sejarah telah tercatat, pemerintahan PAS di Terengganu (1999-2004) diisi dengan program yang dimomokkan sebagai ‘Membangun Bersama Islam’.
Selain menjual anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti A&W, Babena, Pelangi Airways dan Primula Resort di Besut, Kerajaan PAS pada ketika itu turut mengagihkan kawasan balak kepada kroni-kroni mereka.
Alasannya barangkali, gomol balak untuk disalurkan kepada tabung PAS adalah jihad.
PAS  terlalu ghairah ‘memburu’ balak setelah mendapat kuasa sehingga berlaku pertindihan permohonan kawasan balak di Chalok, Setiu.
Permohonan bertarikh 16 Februari 2003 dari (Jawatankuasa Syura Rakyat) JSR Kampung Lapan Kotak itu disokong dengan tandatangan ADUN PAS Langkap ketika itu, YB. Mohamad Hitam.
Setelah permohonan itu didapati bertindih dengan JSR Putera Jaya, JSR Kg. Lapan Kotak pada 16 September 2003 membuat permohonan kawasan lain iaitu di Mukim Hulu Terengganu seluas 200 hektar yang disokong ADUN PAS Permaisuri, YB. Ustaz Rozali Muhammad.
Berapa YB PAS itu dapat?
‘Hebatnya’ Pengerusi JSR Kg. Lapan Kotak, Yusof Ismail yang beroperasi di Jertih, Besut, mereka mampu meneropong kawasan-kawasan balak yang berada di Setiu dan Hulu Terengganu.
Orang seperti Yusof Ismail dan pemimpin PAS di Lapan Kotak memang boleh ‘buat duit’ jika PAS ganti UMNO di Terengganu.
Balak banyak ditebang dan digondol semasa pemerintahan PAS. Berapa banyak kilang papan dibuka pada era 1999 hingga 2004?
Terengganu Todaymerasakan PAS perlu membuat manifesto tambahan iaitu mewujudkan kilang batang penyapu atau kilang mancis di setiap DUN bagi member peluang pekerjaan kepada penyokong-penyokong PAS.
Jawab Sheikh, jawab. Takkan nak diamkan diri pulak. Jangan la setakat pandai nak bercakap je kan. Kot kalau nak menipu rakyat pun, agak - agak la!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping