Ahad, Februari 24, 2013


"Hah! Kalau betul la yang Bantuan Rakyat 1Malaysia ni umpama memberi makanan kepada 'Haiwan', suruh pakat semua pulang balik la duit tu. Buat apa ambik?"

Itu satu kenyataan dan persoalan yang dilontarkan oleh seorang sahabat apabila membicarakan mengenai tindakan yang dibuat oleh Nik Aziz sebelum ini.

Kot kalau betul pemberian bantuan tersebut umpama cubaan untuk menjadikan penerima sebagai haiwan, kenapa orang PAS pun ambik?

SH petik kata - kata yang dihulurkan oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara tersebut. Kata dia, sebelum ni tak de pun nak hulur bantuan.
“Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video klip bukan Tok Guru (Nik Aziz) kata penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M itulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

“Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihan raya tak hulur pun bantuan,” katanya dipetik daripada Harakahdaily.
Nah! Jangan lupa ye. Rejim Pakatan Selangor dan Pulau Pinang pun buat benda yang sama. Diorang pun bagi jugak bantuan kewangan seperti Kerajaan Pusat buat.

Jadi, tanya balik diri korang sendiri. Adakah tindakan Rejim Pakatan Selangor dan Pulau Pinang tu berbeza dengan apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat?

Kalau kita lihat, baru - baru ni Si Khalid Gagap tu bagi voucher 'Jom Shopping' kepada ibu - ibu tunggal. Kenapa baru sekarang dia nak buat?

Kenapa selepas didesak dan tuntut oleh Persatuan Ibu - Ibu Tunggal, baru diorang nak bagi voucher tu? Bukan ke tindakan tu sama jugak dengan BR1M?

Maka, persoalannya jelas. Jangan la kita melihat apa yang dinyatakan oleh Si Azhar Idrus ni dalam satu sudut je. Kita pandang dua - dua belah pihak sebab apa yang diorang buat sama.

Kalau tiap kali Kerajaan bagi bantuan kepada rakyat dianggap sebagai umpan untuk memancing undi, lepas ni tak payah la Kerajaan bagi bantuan.

Bagi SH, kenyataan Si Azhar Idrus ni bertindak bagi kedua - dua belah pihak. Kot kalau kedua - dua pihak bagi bantuan pun untuk apa lagi kalau bukan untuk meraih undi. Jadi, jangan la nak bersikap 'Buyers' sangat!!!
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. Sebenar nya kata nik ajis tu betul. Yang haiwan tu puak Pas, Dap, Pkr yg ambik brim tu. Mereka lah haiwan tak guna akal dan tak tahu malu macam haiwan. Dah tak sokong Bn ambik brim pula,

    BalasPadam
  2. Sebelum ni depa yg hari2 melalak kata kerajaan zalim, kos hidup tinggi dan bermacam2 lagi tapi bila kerajaan bermurah hati bagi wang bantuan utk meringkan beban rakyat dh mereka kata mcm haiwan dpt makanan….dlm beratus ribu yg amik duit tu mesti ada saudara mara nik aziz…agak nya kalo dia tk jadi pemimpin dia pun mungkin di antara yg berbondong2 beratur amik BRIM tu

    BalasPadam
  3. PAS ni sifatnya apa
    Poket ahli habis diraba
    Konon nak beli tiket kesyurga
    Macamlah syurga POK NIK yang punya,

    Ambil derma untuk pagi dan petang
    Pemimpin yang minta ibarat binatang
    Xpeduli ahli susah ke senang
    Janji penceramah mendapat wang.

    LEBEH teruk tarafnya drp penerima BRIM.

    BalasPadam
  4. PAS lah yang kikis duit rakyat..sbb PAS suka junjung tong milo dan tong biskut kosong mintak derma.

    Mana pergi duit derma tu? siapa juru audit? bank mana dia simpan? mana akauntan yang kira?

    BalasPadam
  5. menteri besar kata orang islam tak boleh wang BR1M kerana duit itu haram , Pas suka memberi cabaran kpd rakyat TERUTAMA YG SANGAT MEMERLUKAN WANG ...

    BalasPadam
  6. Pas suka memberi cabaran kpd orang Islam dlm bentuk yg pelik ...

    BalasPadam
  7. Betul la.. Kan ke umno haram, kerajaan kafir, makan sembelihan umno haram, jd duit brim pun haram derrr... Pulang semula... Pulang balik.. Ermm.. Utk DS najib, boleh tak saya nk Brim gak.. Apa pun tak dpt ni, alasan gaji lebih 3000, tp, anak ramai, mak bapak 4 org nk jaga, adik sekolah lagi... Ermmm.. Yg pas punya brim tu bagi kat saya je la yer...

    BalasPadam
  8. elehhh memang haiwan pun, bagi bantuan sebat ... kemudian cakap fitnah macam macam...
    BR1M di berikan pada semua yang layak ,,, tapi PR bagi pada org dia saja,,, haprak punya parti...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping