Ahad, Februari 03, 2013


Huh! Macam mana la diorang ni nak jadi pemerintah ye. Kalau dah ahli sendiri pun diorang bertindak zalim, macam mana pulak dengan kita ni?

Kalau sebelum ni, diorang paksa ahli jangan bercerita bab kalimah Allah, jangan persoalkan pasa penguguran Negara Islam dan Hukum Hudud.

Lepas tu, diorang ambik pulak tindakan terhadap mana - mana ahli yang dilihat menghina DAPigs secara terang - terangan. Pun tak cukup zalim lagi ke?

Sekarang, dah diorang gantung Ustaz Nasha ni tak bertali. Tak ke zalim namanya tu? Nak kata pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu. Setakat cakap je yang diorang ni bagus tak guna jugak!!! Cakap je pandai, buat tak reti!!!
BANGI: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menggesa Majlis Syura PAS perlu bersikap adil dan mengambil tindakan terhadap semua pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan parti tanpa pilih bulu.

Menurut beliau, dalam isu kalimah Allah, ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan majlis itu, tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan, manakala beliau digugurkan sebagai ahli majlis berkenaan atas alasan tidak sehaluan.

Nasharudin yang digugurkan sebagai Majlis Syura PAS, baru-baru ini, berkata beliau akur dengan keputusan itu, bagaimanapun mengakui rasa tersinggung dan dizalimi, terutama kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadapnya.

“Sedikit keadilan saya pinta, saya harap tindakan sama juga dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menyanggah ketetapan ataupun peraturan parti, khususnya yang dibuat Majlis Syura sebagai badan kedua tertinggi dalam PAS," kata beliau kepada wartawan semalam.

Nasharudin dilucutkan keanggotaan Majlis Syura PAS  pada 13 Januari lalu kerana didakwa tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut selain sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ketetapan parti.
Malah beliau turut dilabel oleh sesetengah pihak sebagai 'condong' kepada kerajaan apabila dilhat menyertai aktiviti lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara.
Nasharudin juga pernah menggesa ahli PAS untuk meneliti semula pendirian ahli-ahli PAS yang mahu turun berkumpul di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan kes liwat ke-2 tahun lalu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping