Teka-teki siapa yang menyebarkan khabar angin tentang hubungan istimewa antara vokalis Noah, Ariel dengan pramugari, Magdalena Awuy akhirnya diketahui.
Seorang pengarah program syarikat ternama, Renitasari mengakui kesalahannya itu kepada pegawai penyiasat Polda Metro Jaya.
“Ya, dia (Renitasari) sudah mengakui. Nanti dia akan memberitahu sendiri dan meminta maaf kepada Magdalena,” kata peguam Magdalena, Jeanne Margareth Dumais SH, semalam.
Menurut Jeanne, pihak Magdalena lega dengan pengakuan tersebut dan berniat untuk tidak memanjangkan kes terbabit. Magdalena juga merancang untuk menarik balik laporan tersebut.
“Ya... nanti kami akan cabut laporan di Polda Metro Jaya. Kini, kami lega kerana sudah ada sumber kepada masalahnya,” kata Jeanne.
Jeanne berharap Renitasari dapat belajar daripada kesalahan dan tidak mengulangnya lagi pada masa depan.
Sebelum ini, pasukan penyiasat polis Metro Jaya terpaksa menangguhkan urusan mengambil keterangan Renitasari sebagai saksi kepada kes tersebut.
Penyiasat Polda Metro Jaya telah mengambil keterangan pasukan editorial salah sebuah portal hiburan ternama berhubung dakwaan Magdalena yang melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia.
Magdalena dituduh sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel. Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham sudah dipanggil untuk memberi keterangan Disember lalu.
Dia sebelum ini pernah dipenjarakan kerana terbabit dengan skandal seks yang menggemparkan industri hiburan. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.