Sabtu, Februari 23, 2013


Ya! Itulah kesimpulan yang dibuat setelah berbincang dengan beberapa orang rakan SH malam tadi berkaitan dengan kenyataan Si Nik Aziz sebelum ini.

Hakikatnya, dia memang dah malu dengan tindakan Kerajaan yang jelas menjaga Kebajikan rakyat secara terang - terangan. Dia sendiri pun tak mampu nak buat macam tu.

Kemaluan dia ditambah pulak apabila Rejim - Rejim Pakatan lain dok ikut jejak langkah yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberi bantuan kepada rakyat.

Di Pulau Pinang dan di Selangor pun dok bagi bantuan yang sama macam apa yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. Hanya Rejim PAS Kelantan je yang tak buat.

Tu sebab la Si Nik Aziz ni jadi geram dan mula memaki hamun orang yang pergi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini dengan panggilan 'Haiwan'.

Kot kalau orang yang ambik duit bantuan BR1M tu semuanya 'Haiwan', habis yang dok mentekedarah duit dari Rejim DAPigs Pulau Pinang dan Rejim Pakatan Selangor tu apa?

Bukan ke cara yang diorang buat pun sama jugak dengan apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat? Ke cara diorang tu dianggap sebagai satu cara Islam pulak?

Tak lupa jugak bahawa Si Nik Aziz ni bertambah malu apabila ada dikalangan ahli - ahli PAS sendiri turut terjebak mengambil duit BR1M secara terang - terangan.

Dulu, dia dah keluarkan fatwa bahawa sesiapa yang ambik duit BR1M ni serupa macam ambik duit Haram. Kononnya, BR1M tu duit rasuah.

Tapi, fatwa yang dia keluarkan tu semua orang tak ikut. Semua orang tak peduli dah apa yang Si Nik Aziz tu cakap. Dulu boleh la dia buat mereka tunduk.

Sekarang dah tak boleh dah. Sengat dia dah hilang. Ramai jugak ahli - ahli PAS termasuk bekas - bekas ADUN dan Yang DiPertua Kawasan berebut - rebut ambik duit tu.

Jadi, tu pasal la Si Nik Aziz ni malu sebab suara dia dah tak laku. Apa yang dia cakap orang dah tak jadikan sebagai kata - kata azimat. 

Orang hanya anggap percakapan dia tu umpama nyanyukan seorang ahli Politik yang dah terlanjut usianya. Cuma dia je yang tak sedar diri lagi.

Nasihat SH buat Pok Nik, bawak - bawak la berenti dari nak berpolitik ni. Duduk je kat rumah, main dengan cuc. Ada jugak faedahnya dari dok buat kerja yang bukan - bukan ni. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kesilapan yang dia buat. Yang malunya dia jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping