Selasa, Februari 05, 2013

Pergh!!! Punya la terdesaknya puak - puak Kahak Hijau ni ye sampai siap buat ancaman terhadap periuk nasik rakyat yang bekerja di kilang Lynas tu.

Kalau sebelum ini, diorang dah jelas tewas dalam isu mengenai pembinaan kilang tersebut. Malah pihak mahkamah pun dah membuat ketentuan.

Yang jelas, puak - puak Kahak Hijau tu telah GAGAL SERIBU PERATUS dalam membuktikan bahawa kilang tersebut bahaya kepada rakyat.

Yang pasti, ketetapan yang dibuat oleh pihak Mahkamah tu ternyata membuatkan puak - puak Kahak Hijau ni semakin hilang sokongan dikalangan rakyat.

Mana tidaknya. Dulu, diorang masih lagi boleh kumpul 200 orang untuk buat bantahan. Sekarang ni, nak dapat 50 orang pun dah susah. Tak ramai dah orang yang nak percaya.

Mungkin sebab itu lah diorang semakin hari semakin meroyan diorang ni dibuatnya sampai sanggup nak buat ancaman untuk membakar kilang tersebut.

Nasihat SH, adalah lebih baik pihak pengurusan kilang tu ambik tindakan dan buat laporan Polis terhadap ancaman ni. Kalau apa - apa berlaku senang. Tapi, jangan pulak puak - puak Kahak Hijau tu nak salahkan orang lain. Diorang jugak yang saja cari pasal!!!
KUALA LUMPUR, 4 Feb ― Kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau mengancam untuk membakar loji nadir bumi kontroversi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013, kata pengerusi Wong Tack hari ini.

Wong hari ini memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.

Wong juga berkata bahawa tidak ada alternatif lain jika permintaan kumpulan tersebut untuk menutup perniagaan loji Lynas tidak dipenuhi selepas pilihan raya.

“Tiada pilihan lain. Mengapa saya beralih kepada keganasan? Saya sudah beri peluang berunding secara aman,” kata beliau sambil menambah kumpulan diketuainya konsisten menggunakan kaedah aman.

Apabila menegaskan bahawa ancaman membakar mungkin jenayah dan menyalahi undang-undang, Wong mendakwa bahawa “individu memegang kuasa yang melanggar undang-undang”.

“Pada ketika ini, orang yang berkuasa melanggar undang-undang dan membenarkan kemusnahan di dalam negara ini. Siapa sebenarnya melanggar undang-undang?” soal beliau. - seterusnya..
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. dia kata nak bakar kilang lynas jika BN memerintah.. jadi kalau Pakatan Harubiru memerintah tak bakar la kan hehehehe nampak sangat ada kepentingan yang kilang lynas boleh menambah pendapatan duit poket mereka bila memerintah.. pegi mampos la kau wong tack... nko ni agaknya saki baki komunis yang serah senjata dulu..

    BalasPadam
  2. belum ade lynas lagi dah ade mutant...
    ape citer tu....

    BalasPadam
  3. Pengaruh cterr.. Hihi.. Dgki pd ekonomi org mlyu...

    BalasPadam
  4. bakar!!! bakar!! udah macam komunis

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping