Halamak ai!!! Kesian betul tengok Si Kasanova sorang ni yek. Dah la dia ni serabut kepala otak dengan Rejim pimpinan dia. Sekarang dah kantoi la pulak.
Sebelum ni, ada jugak pihak yang mendakwa Si Kasanova sorang ni sebagai orang yang munafik sebab tabur janji tapi tak nak ditunaikan.
Kata dia, apa yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya sebelum ini tak boleh dianggap sebagai janji. Jadi, pihak Rejim tak akan melaksanakannya.
Wah!!! Mudah betul la kalau macam tu ek. Buat je manifesto tu, tulis je apa yang diorang nak, lepas tu satu hapah pun tak payah buat.
SH heran jugak. Senarai manifesto yang diorang buat dulu bukannya setakat cerita pasal air je rasanya. Tapi, kenapa hanya bab air tu je yang diorang buat?
Bab lain, kenapa pulak berubah - ubah? Kata nak bagi elaun bulanan kepada ibu tunggal. Last - last, diorang kata diorang bagi khidmat kemahiran je. Apa jadahnya?
Tapi itu pun tahan jugak la kan. Kalau bab lain tu, boleh lagi kita faham. Yang herannya, bab air ni pun diorang boleh kantoi apa hal?
Si Kasanova tu kata, seluruh rakyat Negeri dapat air percuma. Tapi sebaliknya, ada jugak kawasan - kawasan tertentu yang tak dapat. Apa cerita ni?
Jadi, memang tak salah la kalau ada orang yang buat dakwaan bahawa Si Kasanova sekor tu memang seorang yang munafik. Buat janji pandai, tapi tak reti nak tunaikan.
Kalau setakat cakap yang manifesto tu bukan janji, suruh budak sekolah tadika pun pandai. Ke Si Kasanova tu lagi BODOH dari budak kot? Tu pasal la dia bercakap pun macam orang hilang akal!!! Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
SHAH ALAM 4 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman berkenaan melibatkan tuntutan air percuma oleh pengguna air meter pukal seperti yang dijanjikan dalam manifesto parti pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tetapi gagal ditunaikan oleh kerajaan negeri sehingga kini. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.