Huh!!! Memang betul la dakwaan yang dibuat oleh Bekas Pegawai Khas Si Ronnie Liu tu sebelum ini. Rupanya dia memang ada agenda peribadi.
Diantaranya ialah untuk memburuk - burukkan imej pemimpin dikalangan PKR dan PAS serta sering menghina orang Melayu secara terang - terangan.
Buktinya cukup jelas. Tengok saja bagaimana dia memecah belahkan PAS di Selangor dan membuatkan pemimpin PAS bertelagah sesama sendiri.
Sekarang, dah dia tuduh pulak Si Khalid Gagap tu memang ada masalah. Macam mana Si Khalid Gagap tu boleh jadi pemimpin kalau ada masalah?
Biasanya, orang yang tau buat masalah ni dia mampu jugak untuk menyelesaikannya. Tapi Si Khalid Gagap ni lain. Dia pandai buat masalah je, tapi bab nak selesai dia tak reti.
Jadi, untuk apa lagi diorang nak lantik Si Khalid Gagap ni jadi Menteri Besar kalau dah banyak sangat masalah yang dia dah buat? Tak ke itu menyusahkan orang je namanya?
Sudah la Ronnie oi! Tak payah la nak 'cover line' dengan cara menyokong Si Khalid Gagap tu. Dia ingat apa yang dia buat tu mampu nak tutup cerita pasal sifat dia yang Rasis tu ke? Jangan harap la!!! Selagi tak de tindakan, selagi itu la orang takkan lupa!!!
SHAH ALAM: Dipalitkan dengan pelbagai masalah pentadbiran, air, sampah, curi pasir serta masalah dalaman parti, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim masih dilihat sebagai individu yang paling dipercayai untuk mentadbir negeri Selangor.
Menurut Exco Selangor Ronnie Liu, Khalid merupakan Menteri Besar yang cekap berbanding menteri besar Barisan Nasional (BN) terdahulu."Kalau dibuat perbandingan dengan menteri besar yang lalu, saya sebagai Exco, saya berani kata Tan Sri (Khalid Ibrahim) merupakan menteri besar yang cekap dan berkesan," katanya.Namun persoalan yang bermain di minda pengikut dunia politik tanah air adalah kedudukan serta hubungan Khalid dalam PKR yang bakal merosakkan peluangnya bagi terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sekaligus menafikan jawatan menteri besar penggal kedua.Sumber dalaman parti sebelum ini pernah mendedahkan bahawa masa depan Khalid malap lantaran kepimpinan Pakatan Rakyat belum mengesahkan kedudukan beliau untuk kekal bertanding di kerusi DUN Ijok. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.