Kemunculan personaliti agama yang sedang meningkat popular, Ustaz Azhar Idrus dalam Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur, Pahang beberapa hari lepas pada pandangan ramai pemerhati politik ia adalah satu perkembangan menarik untuk dikupas dari pelbagai sudut.
Umum mengetahui selama ini Azhar Idrus dilihat dekat dengan PAS seumpama jinak-jinak burung merpati di masa yang sama cukup kritis dengan Kerajaan Pusat khasnya UMNO.
Lantaran itu tidaklah pelik bila mana para penyokong PR khususnya PAS ghairah cuba mengambil kredit berikutan kebanjiran orang ramai mengikuti program dakwah keagamaan itu dengan mempropagandakannya sebagai petanda 'sokongan rakyat' kepada PR.
Namun disebalik keghairahan tersebut, hakikatnya kesediaan Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob meluluskan kegunaan Stadium Darul Makmur untuk menjayakan program wacana itu membuktikan keterbukaan BN dalam memperkasakan program bercorak dakwah.
Sudah menjadi polisi BN apa sahaja program keagamaan selagi ianya dilaksanakan dengan tulus ikhlas tanpa doktrin kepartian, maka segalanya lancar tanpa halangan.
Bagaimanapun bila mana wacana yang disertai Azhar Idrus itu turut mendapat liputan Berita Utama TV3, sesetengah pemimpin dan penyokong PR bagaikan terhidu sesuatu yang tidak kena. Bagaikan ada udang disebalik mi, kata mereka.
Kenyataan Azhar Idrus sebagaimana dipetik oleh Berita Utama TV3, "sangat-sangat saya sokonglah, kerajaan mana sekalipun buat benda-benda gini untuk anak-anak muda khususnya," dilihat oleh sebahagian pemerhati seakan ada maksud tersirat untuk ditafsirkan.
Dari kenyataannya itu ia menggambarkan sokongan terbuka Azhar Idrus dengan dukungan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dalam menjayakan program keagamaan, sesuatu yang jauh berbeza dengan layanan Kerajaan PAS Kelantan yang mengharamkan kuliah agama oleh Azhar Idrus di mana-mana Masjid dan Surau di negeri itu.
Lebih menarik lagi kemunculan tiba-tiba Azhar Idrus dalam wacana yang disokong oleh Kerajaan BN Pahang itu bagaikan memberi jawapan kenapa beliau gagal muncul di malam pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tempohari.
Barangkali polemik kalimah Allah s.w.t telah merubah corak pandangan Azhar Idrus terhadap PAS dan PR selanjutnya kini dilihat seperti bakal menyokong BN, ada kemungkinannya jika diambil kira kegagalannya menyertai malam pra HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman.
Ps: Kalau dah macam ni gayanya, memang payah la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak menang di Pahang!!! Kirim salam je la jawabnya!!!
Ps: Kalau dah macam ni gayanya, memang payah la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak menang di Pahang!!! Kirim salam je la jawabnya!!!
bagus la tu...
BalasPadamkalau isu sebesar kalimah Allah ini masih tak membuka mata org2 agama...
maka baik baling je la kepiah atas pala tu, pijak atau buat alas buntut...
otai
subang
betul bro, diorang ingat azhar idruz milik mutlak pas ke.. kekeke.. kirim salam lah.. azhar idruz tau.. pakatan skrang hnyalah perosak generasi..
BalasPadambetul tu. majlis syura PAS pun boleh bagi karpal singh pakai kopiah tu...buat menyemak dan mengabiskan masa je ulamak2 terompah majlis syura PAS tu kalau Tuan Presiden PAS masih "secara konsensusnya" bersetuju kalimah Allah digunakan oleh al kitab Bible tu.
BalasPadammembuat pekara yg baik walau mcm mana hebatnya halangan itu pasti yg hak itu akan lebih terserlah dari yg batil. inilah yg belaku dari pemerintah DT NAJIB dari kepimpinan BN UMNO.BN UMNO sekarang telah mendapat sokongan dari sebilangan rakyat MALAYSIA tidak kira bangsa dan ugama walau pada mulanya mendapat tentangan yg hebat dari rakyat atas sebab rasa perasaan benci yg disebarkan oleh puak2 pembangkang kepada kerajan. rakyat dah sedar kerajaan yg baik dan ikhlas dlm menjaga keselamatan, kebajikan dan keamanan rakyat dan negara patut disokong agar kemakmuran negara bertambah maju dan setabil rakyat turut bergembira.
BalasPadamnpa bnyk nak libatkn politik dgn agama islam?
BalasPadamkalau dah berpolitik jgnlh nak libatkn agama islam. pas n pmbnkng2 yg lain nak sngt libat2kn agama islam dgn yg bkan islam, mereka yg bukan islam bkan tahu tntng agama islam kita yg kita dari kecil lagi dah diberikan penjelasan tntng agama islam nie.. silap2 dorang yg xtaw apa2 bleh salah tafsir agama islam.. ingt2lh jgn disebabkn politik snggup putar belitkn agama islam yg indah ini.
PAS adalah parti ajaran sesat,ulama pas mcm paderi kristian yg bole tukar2 hukum agama ikut citarasa mereka sendiri yg haram bole jd halal,NIK AZIZ dah kawan dgn Paderi Kristian sebab tu PAS setuju Kalimah ALLAH bole guna dalam Bible ,PAS lebih rela kwn dgn Kristian drpa org Islam,,depa ingat pakai kopiah putih dh cukup ilmu agama,,ni yg bahaya bole ckp ikut ske jer tak tau pikir,,ULAMA PAS ULAMA AKHIR ZAMAN..
BalasPadam