Huh! Tak boleh harap lansung Si Budak Ketot ni. Sudah la Si Ketua Penipu tu kena balun dek puak - puak PAS, datang pulak dia buat masalah.
Sekarang ni, Si Ketua Penipu tu tengah pening memikirkan kenapa ahli akar umbi PAS tak nak dia jadi Perdana Menteri. Lepas tu, timbul pulak isu di Lahad Datu.
Dah Si Sam Ketot tu buat masalah pulak kat Melaka. Tak pasal - pasal je bertambah pening kepala Si Ketua Penipu tu dibuatnya. Tapi nak buat macam mana. Si Sam Ketot tu bukannya reti buat kerja. Setakat menangis dan terkencing dalam seluar boleh la!!!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima tamparan hebat apabila seramai 143 ahli mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan pembubaran cabang Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil dekat sini.
Bagaimanapun, mereka tidak menyertai UMNO sebaliknya mengumumkan menubuhkan Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM) dan bergerak di bawah naungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bekas Ketua PKR cabang itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata, keputusan untuk keluar daripada parti itu dan membubarkan cawangan Batu Hampar sejak ditubuhkan pada 2009 dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR.
"Kita tidak boleh tunggu lagi kerana perjuangan PKR hari ini jauh tersimpang daripada agenda sebenarnya. Kami lihat perjuangan PKR atas kepentingan peribadi dan mengejar kuasa.
"Sehubungan itu, kami bersepakat untuk keluar parti ini dan seterusnya membubarkan cawangan Batu Hampar. Kami tidak menyesal mengambil keputusan ini.
"Kami belum buat keputusan untuk menyertai UMNO atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan buat masa ini kami akan bergerak sebagai sebuah NGO,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengisytiharkan keluar PKR dan membubarkan cawangan Batu Hampar di Japerun Ayer Keroh di Batu Beredam dekat sini malam tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut melancarkan penubuhan PUAM.
Mengulas lanjut Tuah Shah berkata, sebagai sebuah NGO, mereka akan menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Sokongan ke atas BN katanya, kerana melihat parti itu telah membuktikan kepimpinan untuk memastikan rakyat terbela dan usaha tersebut tidak mampu dilakukan oleh PKR.
"Kami semua menyokong BN dan akan memastikan beberapa kerusi milik pembangkang khususnya di dalam Parlimen Bukit Katil seperti Ayer Keroh dan Bachang dirampas oleh BN,'' ujarnya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.