Sabtu, Mac 02, 2013


Bagi SH, Si Ketua Penipu tu boleh nafikan perkara ini sebanyak mana yang dia mahu. Tapi ianya tak akan dapat nak mengubah keadaan. Dia perlu bertanggungjawab.

Kalau apa yang dilaporkan oleh media antarabangsa terhadap dia sebelum ini tidak benar, sila ambik tindakan. Jangan dia setakat nak menafikan saja benda ni. Cakap banyak pun tak guna. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
BATU PAHAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pakatan pembangkang sebagai dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan terbaru pihak perisikan Filipina yang secara terbuka mengaitkan nama beliau dalam kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua anggota komando polis terkorban dan tiga cedera dari pasukan VAT69 semalam.

Anwar walau bagaimanapun menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.

"Lahad Datu, kita dukacita dan kita mengucapkan takziah kepada pasukan keselamatan. Mereka terpaksa untuk mempertahankan bumi Malaysia, dua terkorban.

"Kelemahannya, kelemahan dasar kerajaan, masuk dua minggu dah Menteri baru nak pergi melawat, tetapi Anwar Ibrahim juga yang disalahkan," katanya di hadapan kira-kira 2,000 orang yang hadir pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat yang diadakan di sini semalam.

Justeru Anwar menolak sebarang fitnah yang dilontarkan kepada pembangkang sehingga menjejaskan imej parti itu.

Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat Umno.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak. - seterusnya...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. PUNCA KEPADA MASALAH INI SEBANARNYA ADALAH PEMBERIAN IC OLEH MAMAK KUTTY KEPADA PUAK SULU. LIHATLAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. INILAH KESANNYA !!!

    BalasPadam
  2. punca masalah sebenar dalam malaysia ni adalah anwar .........lepas ni kita tengok dianak saman tak utusan...........ditak saman bacul......kalau saman terbongkar segala2

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping