Sabtu, Mac 23, 2013


La!!! Kita ingatkan insiden Manifesto Bukan Janji ni hanya berlaku di Selangor je. Rupanya, kat Penang pun sama jugak ye? Pun tak ditunaikan janji diorang?

Opps! Tersilap guna perkataan pulak. Sekarang ni, dah tak boleh guna 'Penang' wo! Kalau nak guna, kena bayar royalti kepada Rejim DAPigs.

Tapi, apa nak heran ye tak dengan perangai haramjadah puak - puak Pakatan Haprak ni. Diorang ni setakat bercakap je pandai. Bila tiba bab nak suruh laksana, satu hapah pun diorang tak reti. Tu pasal orang panggil diorang 'Penipu Rakyat'!!!
Kira-kira 500 anggota lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demonstrasi aman secara berasingan bagi mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunaikan janji pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lepas.

Kira-kira 300 anggota Malaysian Youth Rights Movements, 1Malaysia Brothers dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang berkumpul pada 1.30 tengah hari di Jalan Macalister di sini dan berarak sejauh dua kilometer ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang turut menempatkan pejabat Ketua Menteri.

Mereka memakai baju berwarna biru muda bertulis “Don’t Take Away Our Freedom” dan membawa sepanduk serta kain rentang turut melaungkan “kami tak nak ubah”, “mana rumah kos rendah”, “di mana peruntukan untuk kaum India” dan “sudah lima tahun tol berjalan bila mansuh” sepanjang perarakan itu.

Presiden Malaysian Youth Rights Movement, Shen Yee Aun kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Shum Jian Wei.

Shen berkata memorandum itu mengandungi 10 perkara, antaranya bantahan terhadap projek terowong dasar laut, menuntut janji penghapusan tol, memperbaiki akses Penang Free Wifi, peruntukan kebajikan untuk kaum India dan isu kos rumah rendah.

“Kami minta ketua menteri beri jawapan dalam tempoh seminggu jika tidak kami akan mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana isu-isu yang dikemukakan itu berkaitan hak rakyat,” katanya kepada pemberita.

Shen turut menggesa Lim menyiasat ugutan membunuh dan merogol di laman-laman sosial oleh ‘cybertroopers’ propembangkang yang didakwanya semakin berleluasa terhadap individu tertentu yang dianggap tidak menyokong perjuangan mereka.

Sementara itu, kira-kira 200 anggota lima NGO dan anggota akar umbi PAS mengadakan perhimpunan dan berarak ke Komtar selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping