Sabtu, Mac 23, 2013


Salam sejahtera buat Pak Berahim selaku Pesuruhjaya PAS Pahang. Saya ingin sangat nak tanya beberapa soalan dan mengharap agar Pak Berahim dapat memberi Penerangan.

Maklum lah. Saya ni hanya insan yang kecil dan tak tau apa - apa. Manakala Pak Berahim pulak, seorang Pesuruhjaya PAS Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Dah nama pun Ketua Penerangan kan. Jadi dah tentu - tentu Pak Berahim boleh memberi sedikit pencerahan mengenai soalan yang saya ingin ajukan.

Saya sebagai anak jati Negeri Pahang yang lahir di Pahang, membesar di Pahang, bersekolah di Pahang dan berkhidmat di Pahang memang sangat perlukan jawapan ini.

Saya agak tertarik dengan tawaran yang telah dibuat oleh Pak Berahim bersama sahabat - sahabat karib Pak Berahim yang mana dulunya Pak Berahim cemuh dengan caci cerca.

Baru - baru ini, saya dengar Pak Berahim sudah pun melancarkan manifesto Pakatan di Pahang yang turut mengandungi tawaran untuk memberikan tanah.

Teruja sangat saya mendengarnya. Terasa bagai meruntun jiwa bila ada orang nak bagi tanah kepada anak - anak jati Negeri Pahang.

Nak pulak yang buat tawaran tu datangnya dari seorang insan manusia yang bukan lansung berasal dari Negeri Pahang iaitu Pak Berahim sendiri.

Nak kata Pak Berahim lahir di Pahang? Tidak. Nak kata Pak Berahim membesar di Negeri Pahang? Pun rasanya tidak. Nak kata Pak Berahim bersekolah di Pahang? Lagi la tak.

Jadi, bagaimana mungkin orang luar seperti Pak Berahim boleh menawarkan kepada kami anak - anak jati Negeri Pahang ini dengan janji untuk berikan tanah?

Itu soalan pertama. Soalan seterusnya, berapa banyak tanah yang Pak Berahim nak bagi? Sebab dalam manifesto yang dilancarkan sebelum ini tak disebut pun jumlah.

Kalau setakat nak bagi tanah yang ada dalam beg plastik hitam tu, baik tak payah la. Yang itu, kitorang cari sendiri pun boleh. Tak payah Pak Berahim bagi pun tak pe.

Jadi, kami nak jugak tau, berapa luaskah tanah yang Pak Berahim janji nak bagi pada 'Seluruh Anak Jati Pahang' yang ada di Malaysia ni?

Perkara ini perlu Pak Berahim jelaskan sebab kami dah tak berapa nak percaya sangat dengan janji Pakatan ni. Di Selangor pun diorang kata, 'Manifesto Bukan Janji'.

Jadi, kami takut jugak kalau - kalau pisang berbuah dua kali. Itu sahaja. Soalan yang seterusnya, jenis tanah apakah yang Pak Berahim nak bagi pada kami?

Kita tau yang tanah di Pahang ni banyak fungsinya. Ada tanah untuk pertanian, tanah perindustrian, tanah perumahan, tanah rizab, tanah simpanan dan sebagainya.

Jadi, dari banyak - banyak jenis tanah tu, yang mana satukah menjadi pilihan Pak Berahim untuk diserahkan kepada kami, anak - anak jati Pahang ni?

Bukan apa. Perkara ini perlu jugak diberikan penjelasan. Takut - takut nanti, Pak Berahim bagi tanah, kami dah tak boleh nak guna masa hidup. Maklum la, tanah kubur!!! Yang tu tak bagi pun tak pe. Memang dah gerenti semua orang dapat!!! - Ikhlas dari: Semut Hitam.
Categories: , , ,

12 ulasan:

  1. Mungkin dapat tanah kampit kot. Sorang dapat satu kampit kot...buat tanam bunga dan sayur kot...

    BalasPadam
  2. Semut hitam semut merah,
    Ada semut sabah dan sarawak,
    Brahim Pas sudah Marah,
    Semut Hitam sangatlah Lawak.

    Kah....Kah... Kah.... Kooh.... koooo
    Tuik Pas itu Parti Ajaran Sesat.

    BalasPadam
  3. Elok anak jati pahang je yg bagi Pak Berahim ni tanah selaku org luar yg memandai-mandai.tapi TANAH KUBUR kot pn yg boleh dibagi.hehehe

    BalasPadam
  4. Terbalik ni.patut pak berahim ni la di beri tanah sebab dia org luar pahang.tapi sekadar TANAH KUBUR bolehla org pahang bagi.

    BalasPadam
  5. Hahahaha.....amat Lucu.....nanti saya bwk kawan saya pegi umah Pak berahim pastu saya suruh dia pilih apa barang yg dia nak amik dalam umah Pak Berahim

    BalasPadam
  6. ...Pak Berahim tu buat lawak je...dia akan bagi tanah tu kepada para pemimpin DAP je, sbb sepupu dia di Kelantan pun sudah terbukti telah bagi tanah seluas 10,520 ekar kepada Ngah dan Ngeh pemimpin DAP Perak...kah kah kah...

    Melayu anak Pahang hanya layak tanah kampit je...Melayu anak Kelantan yg sudah teroka tanah 20 tahun pun kena halau begitu je oleh tokey Cina luar...

    BalasPadam
  7. Mari kito pakat pindoh kePahang pulok lah weh...Pok Beraim nok bagi tanoh ..

    BalasPadam
  8. ini lah golongan UGAMAWAN pembohong.

    BalasPadam
  9. Pak Berahim Ni Suruh Dia Berambus Dari Pahang..Janji Pakatan Lalang Yang Sememangnya Auta

    BalasPadam
  10. Wah ramai lah babi DAP datang pahang dapat tanah!!

    BalasPadam
  11. Macam cite 3 abdul...masuk kedai pak mertua suruh org ambil apa saja...Dia ni mesti ikut cite tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping