SH dah cakap dah!!! Si Wong TickTack tu hanya tau nak menyusahkan orang je. Tadi, dia dah kena balun dengan Si Foolziah. Kali ni giliran Si Fauzi Pendek pulak.
Nah! Korang nilai la sendiri sejauh mana Pakatan Pembangkang ni benar - benar 'berpakat' sesama diorang. Habis kena maki hamun je penyudahnya.
Tu belum diorang dapat nak memerintah lagi. Dah berbalah sesama sendiri. Kalau dah memerintah esok, mau jahanam pulak dibuatnya. Nauzibillah. Korang baca la kenyataan dibawah ni. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
SHAH ALAM: PKR Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Terdahulu Antarapos menguhubungi Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan beliau menegaskan DAP tidak akan melayan permintaan PKR Pahang untuk menukar kerusi Parlimen Bentong (milik PKR) dengan DUN Ketari dan Tanah Rata (milik DAP).
DAP sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calonnya di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.
Keputusan itu kata Anthony, telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?," katanya kepada Antarapos.
DAP pada 12 Mac lalu mengumumkan akan meletakkan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sebagai calon Parlimen Bentong bagi menentang penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sehari selepas pengumuman itu, PKR Pahang mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan kerusi Parlimen Bentong hanya akan diberikan kepada DAP jika parti dominasi Cina itu menyerahkan DUN Ketari dan Tanah Rata.
"Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong.
"Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah," katanya.
Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar sebelum ini berkali-kali mencanang kononnya gagasan itu sudah hampir selesai mengagihkan kerusi dikalangan parti kompenannya.
Bagaimanapun tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk PRU13, parti kompenan Pakatan Rakyat terus berebut kerusi dan enggan bertolak ansur sesama mereka.
PKR Johor dan DAP Johor sebelum ini bertikam lidah apabila masing-masing mahu meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Pergolakan itu menjadi rumit apabila Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menuduh Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng sebagai 'membawa masuk elemen MCA' dalam PKR.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut menyatakan pendirian parti Islam itu untuk bertanding di 80 kerusi berbanding 66 kerusi sahaja pada PRU12.
Bila logo rasmi pakatan nak dirasmikan?
BalasPadam