Keangkuhan tu mungkin dia belajar dari Si Biawak tu kot... Maklum la, Si Biawak tu kan 'Sombong, Angkuh dan Tokong'!!! |
Huh!!! Tak sangka. Cepat sungguh Si Wong TickTack tu berubah menjadi seorang yang angkuh. Baru umum kata nak jadi calon dalam PRU akan datang, dah tunjuk lagak.
Sebelum ni Si Wong Ticktack tu menuduh YAB Menteri Besar Pahang sebagai seorang yang angkuh. Tapi, rupanya Si Wong ni lebih teruk keangkuhannya dari orang lain.
Sebab apa SH kata Si Wong tu lebih teruk? Sebab dia sanggup mengigit tangan yang memberikan makanan kepada dia selama hari ini.
Dia secara terang - terangan dan tanpa segan silu meludah muka jawatankuasa Himpunan Hijau dengan kenyataan berikut:
SHAH ALAM: Wong Tack berkata beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Himpunan Hijau dan menegaskan beliau tetap mewakili persatuan itu walaupun bertanding di atas tiket DAP.
Wong sebelum ini diumumkan akan mewakili DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk merebut kerusi Parlimen Bentong.
"Jika kamu minta saya berundur, saya tak tahu hendak hantar surat letak jawatan itu kepada siapa. Kalau kamu tak mahu panggil saya pengerusi, kami boleh panggil saya Pakcik Wong," katanya.Wong sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mengugut akan membakar kilang Lynas jika kerajaan persekutuan tetap mahu menjalankan operasi kilang nadir bumi itu.Setiausahah Agung DAP, Lim Guan Eng semasa mengumumkan Wong sebagai calon parti itu pada PRU akan datang memberitahu aktivis itu adalah faktor penarik yang mampu memberi tentangan sengit kepada penyandang kerusi itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Nah! Bukankah itu satu tindakan yang angkuh? Kalau sebelum ini Si Wong ni berlagak sombong dan keluarkan ugutan untuk membakar kilang Lynas.
Tapi tak sempat beberapa hari kena kecam dek rakyat, dah dia mula kecut telur. Terpaksa la dia tarik balik kenyataan tersebut dan menelan ludahnya sendiri.
Sekarang, dia ludah pulak ke muka Himpunan Hijau yang satu ketika dulu menjulang megah nama dia dipersada Politik semasa. Adakah itu balasan yang dia berikan kepada mereka?
Korang fikir la sendiri. Kalau dengan pihak yang selama ni berjuangan untuk menaikkan nama dia pun boleh dia buat macam tu, inikan pulak kita rakyat biasa yang tak de apa - apa kaitan dengan dia. Lagi la sedap dia nak ludah nanti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.