Halamak ai!!! Rakyat Malaysia ni bukannya la bodoh sangat. Takkan la diorang nak terima alasan Si Biawak tu bulat - bulat macam tu je ye tak.
Lagi pun, siapa pulak yang nak mengaku kalau dia dah terkencing kat tengah jalan melainkan orang tu bodoh tak ingat dunia. Kalau dia mengaku, malu la dia.
Hakikatnya, Si Biawak tu dah malu muka bila ditanya wartawan kenapa kehadiran dalam konvensyen Pakatan di Pulau Pinang tu kurang mendapat sambutan.
Mungkin mulut dia kata peserta ramai yang penat. Tapi dalam hati terbakar dah jadi abu, siapa yang tau beb melainkan Si Biawak tu sendiri.
Nak cari salah orang sekarang ni, dah tentu - tentu dia tak berani. Nanti takut pulak bertambah jumlah orang yang marah pada dia.
Sekarang pun, Si Biawak tu dah banyak buat musuh. Terutama sekali dikalangan ahli - ahli PAS sendiri. Jadi, takkan dia nak tambah jumlah tersebut.
Percaya la. Dalam hal ni, Si Biawak tu tak de orang lain yang nak dipersalahkan melainkan PAS sebab kehadiran dari kalangan ahli parti tu yang kurang.
Tinggal lagi, Si Biawak tu tak boleh nak marah pada orang lain melainkan diri dia sendiri. Dia jugak yang buat desakan banggang sebelum ni. Sekarang, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la woi! Jangan pulak dia nak salahkan orang lain!!!
GEORGETOWN: Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.
Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.Selepas Anwar memberi ucapannya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu ahli parti, hadirin juga dilihat meninggalkan dewan.Guan Eng dalam sidang medianya selepas konvensyen itu berkata, keadaan itu berlaku berikutan ahli parti kepenatan kerana menghadiri program ulangtahun ke-5 PR di Padang Kota malam kelmarin."Dewan didapati kosong kerana jadual PR yang disusun padat bermula malam semalam(kelmarin) iaitu majlis ulangtahun PR 5 yang tamat agak lewat. Banyak ahli penat."Saya tidak anggap ia perkara luar biasa kerana jadual kita untuk dua hari ini amat padat," katanya.Sementara itu,Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.