Isnin, Mac 11, 2013


Jelas, respon dari rakyat terhadap pendedahan Si Bapak Saiful tu hanya merugikan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sahaja. Tak lebih dari itu.

Nak kata ianya dapat simpati dari rakyat? Jangan harap la. Rata - rata, tinjauan yang dibuat anggap semua pendedahan Pak Lan tu hanya bermotifkan Politik. Bukan sebab dia nak menegakkan KEBENARAN!!! Jadi, Si Ketua Penipu tu tak payah la nak bangga sangat!!!
“Ayah dia kata, keterangan yang dibuat sebelum ini adalah kenyataan yang tidak benar. Jadi, adakah apa yang dia lakukan sebelum ini hanya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim? Adakah dia sudah disogok atau dibayar?


“Mainan politiklah di situ. Tapi saya tak kata apa yang saya dengar dan baca adalah betul. Masyarakat sehingga kini pun tak tahu kebenarannya,” katanya.

Nazri menambah, “kalau tiba-tiba perkara ini berlaku hari ini, mesti serba sedikit ada kaitan dengan PRU13. Mesti nak kejar undi, jadi masing-masing nak bersihkan nama sendiri... burukkan orang lain. Sedikit sebanyak mesti ada kaitan.”

Pelajar, Nor Aqilah Azmi, 22, berkata, “saya tak tahu sama ada dia memihak pada Anwar atau tidak, tapi yang lebih tahu ayah Saiful sama ada anak dia bersalah atau tak.  Cuma, di sini saya rasa isu politik. Saiful mungkin tak bersalah dan Anwar pun mungkin tak salah. Bagi saya, semuanya mainan politik.”

Bekas guru,Horyatun Aini Abdullah, 58, turut bersetuju kenyataan tersebut mengelirukan ekoran Azlan turut serta ketika proses mengangkat sumpah yang dijalankan sebelum ini.

“Perkara ini memang mengelirukan terutama apabila sudah dekat dengan pilihan raya. Jadi, perkara-peraka seperti ini mungkin dipolitikkan. Sebelum ini pun dia (Saiful) sudah bersumpah. Bapanya pun duduk sebelah dia ketika mengangkat sumpah.

“Jadi (apabila kenyataan ini dibuat) ia sangat mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi apabila PRU13 sudah hampir. Kalau boleh fikir dulu apa yang kita nak cakap, nak buat. Saya rasa perkara ini memang mainan politik dan kalau boleh perkara ini jangan dipolitikkan," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Rizuwan Ismail, 34, seorang kakitangan awam pula akui tidak percaya dengan kenyataan tersebut.

“Saya rasa saya tak percayalah dengan perkara ini. Agak mengelirukan dengan kenyataan itu. Saya pun tak menyebelahi mana-mana pun.

“Saya tak boleh nak cakap perkara ini kerana PRU13. Ini pun politikkan? Kita pun susah nak tahu. Nak tahu lebih terperinci itu, kita kena lihat kenyataan-kenyataan yang ada dan laporan yang boleh dipercayai,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Roslan Che Mat Zin, 24 pula berkata, “saya rasa benda ini mungkin ada kaitan dengan PRU13."

"Memang keliru sebab banyak pendapat, banyak spekulasi yang keluar daripada orang ramai. Jadi saya pun tak tahu sapa yang betul sapa yang salah," katanya lagi.
Perkara sama dibangkitkan pelajar, Nurul Hidayah Mohd Mohan Shah, 23, yang mengatakan kenyataan Azlan itu mengelirukannya.

“Bagi saya isu ini dah lama tapi nak dekat PRU13, ia dibangkitkan semula dan ayah dia pula yang menyatakan kenyataan yang sebaliknya tapi sebelum ni dia cakap lain. Jadi, perkara ini membuatkan kita keliru.

“Kenapa awal-awal dia cakap nak lindungi anak dia. Tak rasa ke itu pun sudah menjatuhkan maruah anak dia. Saya 50-50 sebab saya rasa sangat mengelirukan kenapa dah nak dekat PRU13 baru nak keluar?

"Kenapa sebelum ini tak dikaji betul-betul. Kita kena kaji benda tu sebelum kita bercakap atau membuat sesuatu kenyataan,” katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Si Anuar Buntut Kurap ni sikit-sikit saman...apa kau ingat kau saja boleh saman org...jgn berlagaklah Si Buntut Kurap...tunggu dan lihat pilihanraya nanti..adakah kamu masih disanjungi Rakyat...kerana kamulah rakyat Malaysia yg hidup aman damai selama ini berpuak-puak...membuat kacau dgn demonstrasi jalanan..memusnahkan harta benda awam..satu sen pun kamu tak bayar..inikah cara perjuangan kamu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping