Nah!!! Nak apa lagi yang perlu kita buktikan mengenai isu konflik di Lahad Datu ni? Perlu ke kita dedahkan semuanya agar rakyat jelas dengan kedudukan sebenar?
Dalam satu temubual bersama dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu merupakan satu - satunya kawan baik dia.
Mengenali perangai dan peel Si Ketua Penipu tu yang memang tegar mengamalkan 'Kronisme', tak mustahil dia buat tawaran kepada Nur Misuari.
Kalau kita tengom sebelum ini pun, semua 'kawan - kawan baik' dia dapat habuan masing - masing. Semua ada jawatan tinggi. Dari dulu sampai la sekarang.
Jadi, memang tak mustahil kalau Si Ketua Penipu tu turut merancang untuk memberikan 'sesuatu' kepada Nur Misuari tu. Tak heran kalau dia tawarkan tanah buat mereka.
Benda ni bukan perkara baru bagi rakyat di Malaysia. Sejak dari dulu lagi, memang itulah peel Si Ketua Penipu tu. Demi untuk mendapatkan sokongan, apa saja dia sanggup lakukan. Kalau maruah diri pun dia sanggup gadai, inikan pulak soal Negara!!!
PETALING JAYA: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari berkata adalah mustahil ahli MNLF terlibat menyertai kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.Bagaimanapun, dia berkata lelaki bersenjata itu melakukan pencerobohan tanpa kebenaran atau pengetahuan kumpulan tersebut.Misuari berkata, apabila dia bertanya kepada beberapa 'saudaranya' sama ada benar bahawa MNLF terlibat dengan kumpulan bersenjata itu, jawapannya adalah mereka mungkin turut serta kerana menganggap diri mereka sebagai tentera dan pasukan keselamatan Kesultanan Sulu."Ini bermaksud, apabila MNLF pergi berperang, mereka akan bersama kita tetapi apabila Kesultanan Sulu memulakan misi pencerobohan ke Sabah, mereka juga akan pergi tetapi tanpa kebenaran kami," kata Misuari dalam satu temu bual menerusi telefon pada Ahad.Misuari berkata, dia masih lagi berusaha untuk mengetahui sama ada salah seorang bekas komander MNLF antara lelaki bersenjata yang dibunuh oleh anggota keselamatan di Sabah.Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil memberitahu tiada perkara lain dibincangkan."Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah," katanya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.