Jumaat, Mac 29, 2013


Sejak akhir - akhir ni, ramai jugak orang yang bercerita pasal isu video Si Nurul Izzah ni. Dan yang paling menarik, ianya didedahkan sendiri oleh SUA PKR. Bukan orang lain.

Heran kan macam mana dia boleh dapat idea nak buat cerita tu sehingga mengakibatkan SH sendiri pening nak menjawab soalan dari orang ramai.

Kebanyakkan orang yang membaca blog SH ni tau yang SH memang kuat menghentam Si Nurul Izzah tu. Sampai ada blogger Pakatan pun turut mempersoalkan benda ni.

Masalahnya sekarang bukan sebab SH suka sangat nak balun Si Nurul Izzah tu. Tapi disebabkan dia hanya tau bercakap tapi tak reti buat kerja. Tu pasal la kena balun.

Disebabkan itulah ramai orang yang datang berjumpa dengan SH dan bertanya sama ada dakwaan Si Ciputdin sebelum ini benar atau tidak.

Diorang nak jugak tau adakah benar apa yang Si Ciputdin tu kata sebelum ini? Soalan tu bukan sekadar datang dari kalangan rakyat biasa. Malah penyokong PKR pun sama.

Uik? Kenapa pulak tanya SH? Kenapa diorang tak tanya Si Ciputdin tu sendiri? Bukan ke dia yang buat pendedahan tu sebelum ini dalam sidang media di Pejabat PKR?

Apa yang SH boleh jelaskan disini cukup mudah. Ini semua 'Sandiwara' PKR untuk cuba meraih simpati terhadap keluarga Si Nurul Izzah tu.

Nak cuba cara lain dah memang tak boleh jalan dah. Nak kata Si Nurul Izzah tu buat kerja? Jangan harap la. Dia satu hapah pun tak pernah buat melainkan menipu.

Tambahan pulak bila Si Nurul Izzah tu banyak terpalit dengan kenyataan - kenyataan yang mengundang kemarahan serta kontroversi dikalangan rakyat.

Sebelum ni, dia mempertikaikan Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu di Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Lepas tu dia pertikaikan pulak pasal tugas dan tangungjawab anggota - anggota keselamatan Negara. Pun bawak masalah jugak kepada PKR.

Kemudian isu debat dengan Datuk Raja Nong Chik. Bila dicabar suruh dia senaraikan semua khidmat masyarakat yang dia pernah buat, terus dia diam je. 

Mungkin sebab itulah kepimpinan PKR Pusat menjadi semakin pening kepala nak selesaikan kontroversi yang dicipta sendiri oleh Si Nurul Izzah tu.

Apa jalan penyelesaiannya? Apa yang mampu diorang buat untuk mengubah persepsi rakyat terhadap anak kesayangan Si Ketua Penipu tu? Ha!!! Inilah caranya.

Diorang buat la cerita kononnya ada video 'panas' pasal Si Nurul Izzah tu. Diorang cipta la dongeng rakyat untuk meraih simpati demi mengembalikan sokongan kepada mereka.

Padahal, entah dari mana punya sumber video yang diorang ambik tak tau la pulak. Mana videonya pun kita sendiri tak tau. Malah Si Nurul Izzah tu pun tak reti nak jawab.

Tu pasal masa sidang media bersama dengan Si Ciputdin tu dia tak jawab soalan dari wartawan. Dia diam je dan mintak soalan tu diajukan kepada Si Ciputdin je.

Nah!!! Bukan ke itu bukti kukuh mengatakan bahawa ini semua hanya wayang puak - puak Pakatan Haramjadah tu semata - mata? Kalau betul video tu ada dan ditunjukkan oleh 'Ejen UMNO/BN' kenapa tak buat laporan Polis? Setakat cakap je baik tak payah!!!

Ps: Jangan pelik la kalau lepas ni ada pulak diorang cerita pasal video Si Tian Chuak tu pulak ye. Dia pun tengah pening kepala nak selesaikan isu Lahad Datu.
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. awak cubalah matang sikit penulis...awak kena faham konsep 'tak semua orang melayu adalah islam dan tak semua orang islam adalah melayu'...pikir tu..jgn main hentam saja..awak ni mcm katak bawah tempurung la...ad saja melayu yg b'agama kristian, serani & macam2 lg..sbb itu dkatekan mlayu blh bebas b'agama..lgpn kalau awak ni berotak cubalah awak fikir tak guna kalau orang melayu hidup atas nama islam semate2..islam atas ic saja x kmane nye..islam yg x m'amalkan cara hidup islam x guna...biarlah mereka dgn rela hati nye memeluk islam itu sendiri..dalam islam juga tak ada paksaan dlm beragama..awak kena faham tu.. atau awk ni sbnr nye bkn islam?munafik & yg sewaktu dgn nye?fikir dahulu sblm bercakap...ap yg org lain ckp ad maksud yg dia nak sampaikan..bkn sngaje dia cakap macam tu..awak sbnr nye yang masih x reti2 nak memahami islam yang sebenar..

    BalasPadam
  2. Isunya bukan dituju pada bukan Islam, tetapi yang sudah bersetuju bersyahadah, kemudian main lompat suka-suka nak Islam atau tidak! sebab Islam "menyusahkan" dan tah apap-apa lagi! Kita pun faham orang Indonesia tu yang mungkin seketurunan dengan kita pun ramai bukan Islam! Tetapi Islam itu Ad-Din, yang benar, satu-satunya, dan menjadi tanggung jawab bagi yang mengaku untuk menjadi Islam, mempelajarinya dan beriman dengannya, Kita pun faham diantara orang Islam pun ada degree iman yang berbeza-beza, itu mereka boleh jawab sendiri dengan Allah, tetapi mempersendakan Islam dengan pengakuan yag menghina kejahilan diri sendiri dan kemudiannya mengaku pula telah balik ke anutan asal yang menyekutukan Allah, itulah isunya! Peraturan Islam memang tetap tidak seperti agama lain yang penganutnya secara sedar atau tidak membuat compromise suka senang sendiri!Tidakkah ini menunjukkan bahawa agama Allah itu berperaturan dan BENAR! Kalau Izzah cakap seperti apa yang dia faham? atau kurang faham? alamat penyakit compromise itu sudah berjangkit padanya!, Sedarlah Izzah dalam zaman yang canggih tetapi kurang kebenaran dan banyak hipokrit ini , ramai yang akan mencari celebrity untuk berpaut supaya perangai yang boleh memperakukan sikap kearah ketirisan dan kehancuran iman ini! Kita tak perlukan ustazah atau politiican sonsang seperti ini!

    BalasPadam
  3. Isunya bukan dituju pada bukan Islam, tetapi yang sudah bersetuju bersyahadah, kemudian main lompat suka-suka nak Islam atau tidak! sebab Islam "menyusahkan" dan tah apap-apa lagi! Kita pun faham orang Indonesia tu yang mungkin seketurunan dengan kita pun ramai bukan Islam! Tetapi Islam itu Ad-Din, yang benar, satu-satunya, dan menjadi tanggung jawab bagi yang mengaku untuk menjadi Islam, mempelajarinya dan beriman dengannya, Kita pun faham diantara orang Islam pun ada degree iman yang berbeza-beza, itu mereka boleh jawab sendiri dengan Allah, tetapi mempersendakan Islam dengan pengakuan yag menghina kejahilan diri sendiri dan kemudiannya mengaku pula telah balik ke anutan asal yang menyekutukan Allah, itulah isunya! Peraturan Islam memang tetap tidak seperti agama lain yang penganutnya secara sedar atau tidak membuat compromise suka senang sendiri!Tidakkah ini menunjukkan bahawa agama Allah itu berperaturan dan BENAR! Kalau Izzah cakap seperti apa yang dia faham? atau kurang faham? alamat penyakit compromise itu sudah berjangkit padanya!, Sedarlah Izzah dalam zaman yang canggih tetapi kurang kebenaran dan banyak hipokrit ini , ramai yang akan mencari celebrity untuk berpaut supaya perangai yang boleh memperakukan sikap kearah ketirisan dan kehancuran iman ini! Kita tak perlukan ustazah atau politiican sonsang seperti ini!

    BalasPadam
  4. awak kata izzah ustazah songsang?politician songsang?shahrizat pegang2 tgn lelaki?x songsang? ustazah masyitah yg dbgge2kan umno tu x songsang? duduk menjulang tgn lelaki masa perjumpaan umno.. awak x fikir pulak itu songsang?umno mengaibkan pembangkang dgn menayangkan video2 lucah?x songsang?aib patut dijage..bkn dibukak mcm tu sje..

    BalasPadam
  5. Saya sokong sepenuhnya apa yg dikatakan oleh Jane Duncan...Apa yg dikatakannya benar...saya sebagai seorang yang beragama Islam & berbangsa Melayu akan sedaya upaya cuba untuk memelihara anak cicit saya supaya tidak terkeluar dari Islam...soal bebas menganut agama di dalam Islam sendiri ada peraturannya...kita yg hanya ilmu setahun jagung jgn pandai2 nak terjemahkan benda2 yang kita tidak arif...awas sikit mulut kalau berhujah..! Lagak jer mcm pandai tapi sebenarnya bodoh..! Islam mengajar penganutnya kalau tak tahu bertanya pada yang arif...jgn la bertanya pada yg konon2nya arif (belajar tak habis)...

    BalasPadam
  6. Kenapa benci sangat dgn PKR dan nurul izzah?
    Kalau berani sangat reply me asap.

    From
    Malaysian.

    BalasPadam
  7. Sebab:

    1. PKR suka menipu rakyat. Hari ni cakap lain, tak sempat esok dah cakap lain.

    2. Nurul Izzah hanya pandai bercakap. Tapi kerja dia satu hapah pun tak buat.

    ASAP enough?

    BalasPadam
  8. Saya menyokong SH, apa yang di nyatakan pasai nurul izzah ni ada betulnya, selama dia menang 5 tahun lalu PRU12, dia hilang entah kemana, satu apa pun tak ada di buat di kawasannya, yang bertungkus lumus pak menteri wilayah masa tu RNC, izzah ni hanya muncul masa2 kecemasan dan bila dia ada kepentingan sprt isu perumahan Kg Kerinchi yg nak dibangunan tu...gebang lebih ..apa pun x ada,6 bulan nak PRU13 baru sebuk dgn abg Non tu dtg tgk kawasan..tu pun bukan nak membangunkan..tetapi meracun rakyat ..kata semua yg RNC buat tak betul, dan bangkit isu2 tak adil kerajaan, dan sebagainya..siapa suka izzah ni..tolong listkan apa jasa dia pada org2 di kawasannya....org Melayu bangang jer yg menyokong izzah ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping