Isnin, Mac 18, 2013


Maaf. Artikel SH hari ini bukan la nak mengkritik Kerajaan Filipina. Tetapi, ianya sesuatu yang boleh kita fikirkan secara rasional dengan keadaan semasa.

SH agak tertarik dengan wawancara yang dibuat bersama dengan Profesor Khoo Kay Kim mengenai tuntutan Filipina ke atas Negeri Sabah.


Secara peribadinya, kita sendiri tahu bahawa perkara tersebut tidak perlu berlaku dan ianya tak masuk akal. Dari segi sejarah, mungkin ianya logik.

Tetapi, kita bercakap dalam konteks rasional semasa. Sewaktu perjanjian dibuat dahulu, persetujuan dicapai bukan disebabkan tuntutan Filipina.

Sebaliknya, persetujuan dibuat bersama dengan penduduk serta rakyat Sabah sendiri. Pungutan suara dijalankan dengan mengambil kira pandangan rakyat.

Jika sekarang pun, kalau kita tanya pada rakyat Sabah sendiri; 'Adakah mereka mahu menjadi rakyat Filipina?', apa jawapan yang akan mereka berikan?

Nah! Korang pun tau jawapannya. Dah tentu diorang tak nak. Betul tak? Buat apa duduk bawah Kerajaan yang selalu bergolak dari sudut kepimpinannya?

Bayangkan. Negara yang ada banyak Pulau tu pun tak mampu diorang nak kawal, inikan pulak diorang nak kawal Sabah. Lagi la diorang tak mampu.

Sekarang, bila datang pulak puak - puak Sulu yang dipimpin oleh Si Sos Tiram tu, lagi la rakyat Sabah menolak tuntutan yang dibuat oleh Filipina.

Mana tidaknya. Bagaimana mungkin penduduk Sabah akan menerima kepimpinan seorang manusia yang mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan?

Tambahan pulak, takkan rakyat Sabah mahu berpemimpinkan seorang lelaki yang tak mampu nak jaga diri dia sendiri. Duit pun dia tak de, nak jadi pemimpin menda jadahnya!!!

Sudah la macam tu. Nak jaga kaum keluarga sendiri pun dia tak mampu. Habis semua berpecah belah belaka. Jadi, macam mana dia nak menjaga rakyat di Sabah?

Kesimpulannya, memang wajar bagi mana - mana pihak melupakan terus tuntutan mereka terhadap Negeri Sabah atas dasar rasional semasa.

Ini disebabkan rakyat Sabah sendiri yang bersuara. Bukannya ada orang lain yang buat desakan atau meracuni pemikiran mereka untuk melakukan sedemikian.

SH percaya. Rakyat Sabah secara keseluruhannya jauh lebih cerdik dari apa yang SH nyatakan. Mereka semua bijak - bijak belaka dan dapat memikirkan perkara ini secara rasional semasa. Sebab itu diorang tak mudah makan umpan Pakatan!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping