Isnin, Mac 18, 2013


Hmm... heran jugak. Kenapa puak - puak Pakatan Haramjadah tu tak nak kata yang semua ni kerja budak UMNO sendiri? Kenapa diorang hanya mengutuk tindakan Polis?

Sebelum ini, ada satu blog Pro Pembangkang menyalahkan pihak Polis kerana didakwa berat sebelah. Katanya, kalau insiden tu berlaku kepada Pakatan Polis lambat bertindak.

Tapi, jika ianya melibatkan UMNO atau Barisan Nasional, bukan main cepat lagi pihak keselamatan ambik tindakan dan menahan individu terbabit.

Tuduhan tersebut ternyata tidak benar sama sekali. Pihak Polis hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti biasa tanpa mengira mana - mana pihak sekali pun.

Mungkin hanya satu kebetulan, dalam kekecohan semalam, salah seorang dari pencetus kekecohan itu dapat ditangkap oleh pihak Polis. Itu je sebabnya.

Dan sudah semestinya pihak Polis akan meletakkan ramai anggota mereka malam semalam kerana kedudukan ceramah kedua - dua belah pihak seimbang.

Dua - dua bawak anak buah ramai - ramai dan memungkinkan kekecohan berlaku. Memang itu sesuatu yang sudah dijangka. Jadi, sebab itu Polis ramai malam semalam.

Tinggal lagi, puak - puak Pakatan Haramjadah tu bukan peduli sangat pun. Diorang bukan kisah sangat dengan pihak Polis ni. Bagi diorang, Polis ni hanya Anjing Kerajaan. Tapi, bila diorang ditimpa masalah esok, Polis tu jugak la yang diorang cari!!!
BUKIT MERTAJAM, 18 Mac — Polis menahan seorang lelaki yang dipercyai mencetuskan kekecohan pada majlis ceramah oleh anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.
Lelaki berusia 50-an yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 orang termasuk beberapa wanita dipercayai penyokong parti pembangkang itu mengganggu majlis ceramah yang disampaikan Zulkifli dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, di luar perkarangan sekolah berkenaan sejak 9 malam.
Keadaan mula kecoh apabila kumpulan terbabit bertindak agresif dengan merempuh masuk ke dewan tempat ceramah dan membaling telur kepada orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi.
Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan dan kira-kira 500 orang serta dua penceramah yang menghadiri majlis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan berkata individu itu bagaimanapun dibebaskan setelah polis mengambil keterangan daripadanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Anjing2 anwar tu takut pendedahan yang sebenar, dasar mereka memang tak bolih terima kenyataan, tapi tak pe Allah SWT ada, tunggu datangnya kebenaran.

    BalasPadam
  2. sekolah bukan tempat berpolitik kepartian.kenapa melanggar peraturan yang dibuat sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping